Tips penyusuan susu ibu

Assalamualaikum..

Hari ni rasa macam nak share sikit tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Rasanya ni macam topik yang selalu orang tanya jugak. Kena kalau anak sulung, macam masa aku mengandung dan bersalinkan Adam dulu, mula-mula tu macam yakin tak yakin je boleh nak bagi Adam full breastfeed, tapi alhamdulillah, berjaya lah jugak sampai 16 bulan. Lepas tu, dia yang tak nak sendiri. Dengan Dina ni, aku harap, bolehlah berjaya mencapai 2tahun. aminnn

Apa pun, ni antara perkara penting yang aku rasa kena ada, kalau nak berjaya. Yang ni aku combinekan dari pembacaan dan pengalaman aku, yang takdelah lama sangat menyusukan anak :)

1. NIAT
Setiap apa yang kita buat mesti mula dengan niat kan? Samalah macam menyusukan anak ni. Dari awal mengandung lagi, kita tanamkan azam, aku nak menyusukan anak aku, sekurang-kurangnya dua tahun. Yakin dengan niat kita tu. Tak kisahlah mengandung kali keberapa, pun. Kalau dulu-dulu kita tak berjaya nak susukan anak sepenuhnya, tak kisah lah sebab apa pun, kali ni kita niatkan, mesti cuba sampai berjaya.

2. BERSEDIA
Bersedia mental dan fizikal. Kena banyak membaca, cari ilmu tentang penyusuan susu ibu, cara simpan susu, makanan yang menambahkan susu, semua lah. Sekarang senang je, google, macam-macam keluar. Tapi kena selektif jugak. Baca cerita orang-orang yang berjaya. Semua tu untuk tambah keyakinan diri.
Bersedia jugak dengan peralatan yang sesuai, pam susu, bekas menyimpan etc. Bila benda-benda tu semua dah ada, sedikit sebanyak akan memotivasikan diri kita.Paling kurang pun kita akan rasa rugi beli pam mahal-mahal kalau tak guna. Maka, kita akan berusaha gunakan pam tu.

3. ISTIQAMAH
Kena berterusan, pam, direct feed, susu sikit masa mula-mula perah, tak apa. Teruskan perah, dan bagi direct feed dekat baby. Sambil tu doa. Mintak supaya dimurahkan rezeki baby, boleh menyusu dengan sempurna.

4. PEMAKANAN SEIMBANG
Untuk memastikan anak kita dapat zat yang mencukupi, kita sendiri kena jaga pemakanan kita. Kena ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera. Ini untuk menjamin kualiti susu itu sendiri. Mungkin kuantiti susu kita tak banyak, tapi kalau dia cukup pekat dan berzat, insyaAllah, kenyang lah anak kita tu.

5. MINUM AIR SECUKUPNYA
Badan kita perlukan air sekurang-kurangnya 1.6-1.8L sehari. Tetapi, bila kita menyusukan bayi, secara tak langsung, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2-3L air sehari. Ada yang kata susah nak minum air banyak-banyak. Kadang-kadang sibuk sangat sampai terlupa minum. Apa yang saya buat, saya letak air dalam satu bekas besar, paling senang botol air mineral 1.5L tu. Target satu hari kena habiskan 1.5-2 botol air tu. Jadi, satu botol bawa ke tempat kerja. kalau boleh habiskan masa kerja. Satu botol lagi letak dalam bilik. Jadi sambil2 bagi baby susu, boleh minum air. Pun kena habiskan sampai esok pagi. Cukup lah requirement kan? tambah dengan yang kita minum sebelum/selepas makan, insyaAllah, cukup lah tu air dalam badan.

6. CARI SUPPORT
Cari sistem support yang kuat, dari kalangan keluarga, rakan-rakan alam benar, alam maya. Lagi baik bila suami sokong sepenuhnya apa yang kita buat. Sebab memang, nak susukan anak ni banyak cabaran. Kena pulak bila ada ahli keluarga, mak ke mak cik ke yang asyik kata susu badan tak cukup. Kena campur dengan formula, nanti nak kerja susah etc. Kalau kita ada sistem support yang kuat, lebih senang kita nak tangkis kata-kata orang dan bisikan2 yang buat kita tak yakin dengan apa yang kita buat.

7. DOA
Kita dah berusaha, maka seharusnya kita doa dan tawakal dengan Allah. Minta supaya dipermudahkan urusan kita, semoga kita kuat menghadapi cubaan dan dugaan sepanjang tempoh penyusuan tu.

8. REDHA DAN TAWAKAL
Kalau kita dah berusaha sedaya upaya kita, dah makan supplement macam-macam, semua makanan yang menambahkan susu kita dah makan. Pam, direct feed, marmet dan sebagainya kita dah buat, tapi susu masih tak cukup untuk anak, maka kita kenalah redha dengan ketentuanNya. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita dan anak kita. Ada hikmah atas setiap yang berlaku, jadi jangan sebab kita tak berjaya susukan anak, kita rasa tertekan, sampai mengabaikan aspek lain dalam membesarkan anak kita. Penyusuan susu ibu cuma sebahagian je, belaian, perhatian dan kasih sayang pun penting untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang ;)

Uisy..panjang ni entry. Saya makan supplement Shaklee jugak. Bukan untuk tambah susu, tapi untuk kesihatan diri. Bila kita sihat, lebih senang nak jaga keluarga :)

—————————- ——————————————————

Shaklee ID 887121
016-6658245
twitter: @iejask
Fb: Siti Khadhijah Ibrahim

About these ads

One thought on “Tips penyusuan susu ibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s