Posted in ESP, Herbal Blend, Kecantikan Kulit, Set Kulit, TESTIMONI, Vit E, Vita C

Luka melecur pulih dalam 4 minggu.

Bismillahirrahmanirrahim

Saja nak share kisah sepupu saya yang melecur beberapa hari sebelum raya hari tu. Mulanya bila makcik telefon, kata dia terkena api bahagian muka, memang terus saya suruh beliau bawa ke hospital.

Sebabnya, bila bahagian muka, saya risau ia melibatkan salur pernafasan. Kalau membengkak dan nampak sukar bernafas, memang biasanya akan kena ditidurkan sementara, sambung ke mesin pernafasan sampai bengkak hilang dan pesakit boleh bernafas sendiri.

Alhamdulillah, walaupun kecederaan bahagian muka tu teruk, tapi tak mengganggu salur pernafasan, dan dia dibenarkan keluar hospital 2 hari lepas tu. Dapat lah raya kat rumah.

Waktu raya kedua tu, kami singgah sekejap, beraya sambil merawat. Masa tu, saya suggest makcik beri anaknya ESP, vitamin C, Vitamin E dan herbal blend untuk bantu cepatkan proses pemulihan. Sambil tu, ubat hospital, krim semua teruskan macam biasa.

Memang kesian tengok minggu pertama tu, nak cakap pun sakit katanya. Bila sapu krim hospital, sebab dia mengeringkan luka, jadi bila dah lama tu jadi sakit nak bergerak.

Sambil tu, saya advise suruh tambahkan protein dalam diet dan minum banyak air sebab kesan terbakar tu buat tubuh hilang lagi banyak air dari biasa.

Alhamdulillah, selepas hampir 4 minggu ambil supplement, luka beliau makin pulih.Cuma parut memang ambil masa sebab kesan terbakar tu dalam. Saya suggest sapukan Vitamin E pada kesan parut. Ni belum sempat tanya feedback lagi ok ke tak. 

Boleh tengok sini gambarnya sehari selepas kejadian dan selepas 3 minggu mengambil supplement.

Api, waktu kecil dia kawan, bila besar dia lawan, jadi berhati-hatilah selalu.

Posted in ANTI-PENUAAN, ESP, Omega Guard, Vitalea

Supplement Untuk Ibu Ayah

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak bersiaran. Hari ni nak share sikit tentang supplement asas ni. 

Kesian bila tengok mak ayah kita yang dah berusia tu. Selera makan pun kurang, apatah lagi kalau yang tinggal sorang tu. Ye lah, makan sorang-sorang ni, manalah selera nak makan. Kita ni pun, kalau makan sorang, hmm memang masak simple simple je. Silap silap makan telur goreng kicap je hari-hari. hehe. 

Bila selera kurang, memang zat makanan yang dapat tu pun kurang lah. Nak dapat 5 hidangan buah atau sayur setiap hari? Dapat 2-3 hidangan pun dah cukup baik. 
Tambah pula bila gigi tak ada, laaagi mencabar nak kunyah sayur, buah. Sudahnya, tak makan sayur, atau kalau makan pun, sikit sangat, memang tak berapa nak cukup untuk keperluan harian.

Jadi, cara nak tambah, boleh tambah 3 supplement asas ni. 

Sesuai untuk tenaga, jantung dan memori. Itu yang penting, kan di usia emas ni. 

Vitalea tu, multivitamin, boleh penuhkan keperluan nutrisi yang tak cukup sebab diet tak seimbang. 

Omegaguard pula, untuk kesihatan jantung, salur darah dan elakkan risiko lupa atau nyanyuk. Bahaya bila terlupa. Lupa padam gas kat dapur, lupa kunci pintu, lupa jalan balik. Ini semua mengundang bahaya pada mak ayah kita.

ESP pula untuk bekalkan protein dan kalsium untuk badan. Jadi kalau ada luka ke apa ke, cepatlah sembuhnya in sha Allah. 

Ni tiga yang paling penting bagi saya. Kalau nak yang full set pun ada, tapi tu kita cerita lain hari. Nak buat sarapan kejap. hehhehe. 

WA 01666658245

#readystockShakleeKandang #shakleemelaka #KhasIbuAyah #healthyaging

Posted in ESP, HEALTH INFO, Herbal Blend, Vit E, Vita C

MELECUR

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam, kebetulan Adam terkena AirFryer yang masih panas. (almaklum tak puasa, maka dia masak nugget sendiri). Melaung mamat tu. 

Mama cepat-cepat bawak pergi paip, bukak paip, lumur basic H, lepas tu lalukan bawah air mengalir. 

Malam tadi pula, kawan share anak buah dia melecur kat perut sebab kena air panas. Dapat luka melecur tahap kedua. Kena cuci di hospital.. 

Jadi hari ni, saya nak kongsikan sikit cara untuk mulakan rawatan pesakit melecur di rumah. 

Mula-mula, anda harus alihkan pesakit dari sumber terbakar tu. Lepas tu, alirkan air dikawasan terbakar selama 20minit. Air biasa atau suam sikit takpe. JANGAN guna ais tau! Ini bagi mengelakkan isi tu daripada ‘masak’. 

Lagi satu, tak perlu tepek ubat gigi ke, butter ke, minyak ke, atau apa-apa. Air je cukup dah. 

Sambil tu, buka semua barang kemas, pakaian. Tapi kalau baju melekat, jangan pergi cabut pulak tau! 

Dah cukup 20minit, balut dengan selimut, supaya pesakit tak sejuk. (Hati-hati jangan gosok tempat melecur pulak). 

Boleh tutup bahagian luka dengan plastik atau cling film. 

Lepas tu boleh lah bawa ke klinik. 

Kalau melecur bahagian muka, kena dudukkan pesakit untuk mengurangkan bengkak. 

Untuk melecur yang kurang dari saiz tapak tangan dan tak nampak isi dalam warna putih, boleh buat rawatan di rumah. 

Kalau besar, atau dalam, eloklah di bawa ke hospital atau klinik. 

Kalau untuk rawatan di rumah, boleh guna krim Herbal Blend untuk keringkan luka melecur.  

Untuk orang dewasa, boleh lah ambil ESP, Vitamin  C dan Vitamin E, untuk bantu proses pemulihan luka dan hilangkan parut, in sha Allah. 
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang product Shaklee? Boleh WA saya 0166658245

 

Posted in PRODUCTS

VITAMIN SENDI

Pejam celik pejam celik, tak sampai seminggu lagi nak Ramadhan.
Dapat tak bayangkan nikmatnya mak ayah kita dapat solat terawih. Tak kisah lah kat rumah ke kat masjid, tapi dah tak de komplen dah susah nak rukuk/sujud. 
Best kan? 
Jadi, apakata di hari baik, bulan baik ni, kita sedekah sikit vitamin kat mak ayah kita. 
Mudah-mudahan dapatlah diorang solat dengan lebih baik.  Untung-untung kita pun dapat pahala sama. In sha Allah 😊 😊 
Kalau nak, PM segera tau! Gaji nak masuk, Ramadhan pun dah dekat. Nanti saya poskan cepat-cepat.  
WA  SINI
Cepat, tau! Lambat, melepas nanti.

Posted in gout, Inch Loss

GOUT SEMBUH, KURUS PUN DAPAT! 

Ikhtiar selagi boleh.

Sebenarnya niat dihati nak turunkan paras kolesterol, dan bantu kawal simptom gout, dan harap-harap dapat kawal tekanan darah tinggi juga. 

Almaklum, bila makan tak menentu, berat naik, macam-macam lah penyakit yang datang. 

Kalau masa muda tak usaha kawal penyakit, kesian orang tidur sebantal, tinggal serumah dengan kita nanti. 

Atas dasar itu, En F pun berusaha dengan shaklee. 

Walaupun peringkat awal kerap ditegur si isteri kerana kurang konsisten.  Ehehehe. 

Alhamdulillah berkat senaman, kawalan pemakanan dan pengambilan supplement, Tiba-tiba En F baru tersedar yang beliau berjaya menurunkan berat dari 86kg –  76kg, selepas beberapa bulan.  

Kemudian, simptom gout menyerang semula akibat kurang minum air dan banyak berjalan. Juga sebab kurang kawal pemakanan.  

Bila dikaji, pengambilan phytocol juga terpaksa dihentikan kerana mengandungi soy lecithin. Ini kerana En F sangat alah pada kekacang. Kicap pun boleh menyebabkan beliau terkena serangan gout. 

Vitamin C ditambah kerana vitamin C membantu pengeluaran uric acid dari badan. Awal tahun lalu, beliau juga menambah Vivix dalam rejim harian beliau. 

Beliau juga mula berbekam dan cuba untuk eat clean dan bersenam. 

Berat beliau sekarang sekitar 72-73kg, dengan ketinggian 180 cm. Ideal dah tu. Alhamdulillah. 

Simptom gout pun berjaya dikawal, dan sekiranya ada pun attack, tidak seteruk dahulu. Semua dengan izinNya.
Berminat?

Wa segera – – > KLIK SINI
#pengedarshakleemelaka #shakleehomebusiness #onlinebusiness #atasigout #kurusuntuksihat #kolesterol