Posted in BREASTFEEDING, PRODUCTS

Tips; Penyimpanan susu ibu bagi ibu bekerjaya

Adeh, setelah penat-penat mengarang tadi; hilang pulak entry. Cis betul! Tapi tak apa, sebab memang niat aku nak share pasal tips simpan stok EBM di hari Isnin yang syahdu (sebab hujan dari pagi) ni, ku teruskan jua buat entry baru.

Ok, banyak orang tanya, dan banyak jugak garis panduan yang dikeluarkan tentang cara-cara menyimpan hasil projek tenusu, atau nama yang lebih enaknya ‘expressed breast milk’ aka EBM ni. Setelah ku baca-baca dan ku kaji-kaji sebenarnya point dia lebih kurang je, ada variasi sikit-sikit. Yang penting kita guna common sense dan x bagi anak susu yang dah tercemar atau basi :). Merbahaya untuk kesihatan.

Untuk menyimpan stok EBM, kita kena ada peralatan dia;

1. tempat penyimpanan iaitu peti ais atau deep freezer atau cooler bag (untuk transport)

2. Bekas untuk menyimpan;
– botol susu; pilih yang BPA free, botol kecik, besar pun boleh, tapi sebab kita simpan dalam kuantiti kecil, jadi botol besar x menjimatkan ruang.
– breast milk storage bags atau liners; yang ni pakai buang. bagus untuk jimat space dalam freezer, tapi kurang bagus untuk poket. Average harga 50sen sekeping. (Sekotak RM12++/ 25pcs). Boleh search online untuk best deals.
– bekas simpan dadih. ni paling murah dan senang cari šŸ™‚

Bekas kena cuci bersih dan disteril sebelum guna.

Cara menyimpan

1. Suhu bilik (25-37 C) – 4jam
( 15- 25 C) – max 8 jam

2. peti sejuk (fridge) (2- 4 C) – 5-8 hari

3. freezer (peti sejuk 1 pintu) – 2 weeks

4. freezer (peti sejuk 2 pintu) – 3 bulan

5. deep freezer – 6 bulan.

Ini adalah bekalan susu untuk bayi normal. Bagi bayi pramatang atau mempunyai masalah kesihatan, waktu penyimpanan adalah lebih singkat.

Bagi EBM yang beku, anda boleh mencairkan EBM tersebut dengan meletakkannya ke bahagian fridge. EBM tersebut perlu digunakan dalam masa 24jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Tetapi, sekiranya EBM baru diperah yang disimpan dibahagian fridge, boleh dipindahkan ke bahagian freezer jika tidak digunakan dalam masa 5-8 hari.

EBM mengandungi lemak, jadi jangan panik sekiranya anda dapati EBM anda berlapis 2 bahagian. Itu cuma lapisan lemak yang terapung. Cuma kocak perlahan botol untuk mencampurkan semula EBM tersebut.

EBM biasanya tidak berbau. Tetapi sesetengah bekas plastik yang digunakan kadangkala meninggalkan kesan bau plastik jika disimpan lama. Itu tidak bermakna EBM anda sudah rosak.
TETAPI jika EBM tersebut berbau masam, atau tengik (seperti santan basi), itu bermakna EBM tersebut sudah rosak/basi. Kalau tak boleh/ tak pandai nak bau, sila rasa dah basi ke tak. Kalau tak yakin jugak, sila buang. Takut bayi sakit perut. Sifat was-was harus dielakkan, itu hasutan syaitan šŸ˜‰

Itu sahaja sedikit sharing tentang panduan menyimpan susu ibu. Semoga bermanfaat, InsyaAllah.

———-//——————————–
Untuk supplement penyusuan dan kesihatan anda, hubungi saya;
Fb: Siti Khadhijah Ibrahim
Twitter @iejask
SMS/ Whatsapp: 016-6658245
Email: ijask@hotmail.com

20121105-215016.jpg

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s