Posted in Chewable Vita C, Chewable Vitalea, HEALTH INFO, Mealshake, PRODUCTS

Supplement untuk anak, perlukah?

Sebenarnya, seperti orang dewasa, tidak semua kanak-kanak memerlukan supplement. Kebanyakan vitamin dan mineral boleh didapati daripada piramid makanan. Yang penting, pengambilan makanan yang seimbang dan bervariasi.

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk pembesaran anak2:

1. Susu dan produk tenusu seperti keju, yogurt (low-fat untuk kanak2 lebih 3 tahun, full cream milk untuk kanak-kanak kurang 2 tahun)

2. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau

3. Protein dari ikan, daging, ayam dan telur

4. whole grains seperti oats, dan beras perang

Jadi golongan manakah yang memerlukan makanan tambahan?

Memandangkan cara hidup masyarakat kita pada masa kini, tidak semua antara kita mampu memberikan makanan seimbang yang dimasak sendiri di rumah. Kebanyakan kita sibuk dengan pekerjaan dan tugasan seharian, maka makanan segera atau fast food adalah pilihan yang mudah.

Kebiasaannya, pakar kanak-kanak menyarankan makanan tambahan atau supplement kepada:

– kanak-kanak yang tidak mendapat makanan seimbang yang dimasak sendiri secara kerap. (real homecooked meals)

– finicky eaters – kanak-kanak yang terlalu memilih makan/ tidak mahu makan

– kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik seperti asthma atau masalah penghadaman – perlu diingat, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya anak-anak di dalam rawatan sebelum memberikan sebarang bentuk supplement kepada anak

– kanak-kanak aktif yang terlibat dengan aktiviti sukan

– kanak-kanak yang bergantung kepada makanan segera dan makanan diproses seperti sosej dan burger

– kanak-kanak yang gemarkan minuman berkarbonat yang boleh menghalang penyerapan nutrisi dari badan

– kanak-kanak yang mengambil diet sayuran (mungkin memerlukan zat besi tambahan) dan lain-lain ‘restricted diet’

Perlu diingat, supplements adalah…supplement!. Memberikan anak anda supplement tidak bermakna anda boleh mengabaikan pemakanan seimbang. Zat dan mineral yang paling baik untuk tubuh adalah yang diperoleh daripada makanan ‘sebenar’ bukan makanan tambahan, bukan makanan segera, dan bukan makanan di proses.

Sekiranya anda bercadang ingin memberikan makanan tambahan/ supplement atau vitamin kepada anak-anak anda, berikut antara tips yang boleh diikuti :

– simpan vitamin di tempat tinggi/ jauh dari kanak-kanak supaya mereka tidak menganggapnya seperti gula-gula

– elakkan dari merasuah kanak-kanak dengan ‘desserts’ sebagai upah mereka menghabiskan makanan dalam pinggan, sebaiknya gantikan dengan vitamins sebagai upah. Vitamin larut lemak perlu diambil bersama makanan untuk memudahkan proses penyerapan

– sekiranya anak anda mengambil ubat-ubatan secara berterusan, dapatkan nasihat doktor tentang interaksi antara ubat dan vitamin, dan pastikan vitamin tersebut tidak mengurangkan atau menambah kesan ubat yang sedang diambil

– sekiranya anak tidak sukakan pil, atau cecair, cuba berikan vitamin yang boleh dikunyah

– cuba tunggu sehingga anak anda sekurang-kurangnya 4 tahun sebelum mengambil sebarang bentuk makanan tambahan

Terdapat beberapa produk Shaklee yang khas untuk anak-anak anda seperti Mealshake, Chewable Vitamin C dan Chewable Vitalea. Hubungi saya untuk maklumat lanjut 🙂

Credit: WebMD
——————–
Ieja Ibrahim
ID 887121
016-6658245
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s