Posted in HEALTH INFO, Omega Guard, PRODUCTS, Vit E, Zinc

Men’s Vital Health

Biasanya, bila bercerita tentang supplement, tentang kesihatan, nak kurus, orang perempuan yang lebih-lebih. Bukan bermakna orang lelaki takde yang menjual atau memakan supplement, tapi mungkin jumlahnya kurang berbanding perempuan. Segan nak bertanya, atau malas nak makan vitamin atau rasa ubat tak penting? Itu mungkin antara sebab kenapa lelaki kurang berminat dengan supplement atau makanan kesihatan.

Apa pun alasannya, sebenarnya lelaki sebagai tunjang utama keluarga, lebih-lebih lagi perlu menjaga kesihatan. Takkan lah nak harapkan isteri je yang mencantik dan menyihatkan diri untuk suami, suami lebih-lebih lagi perlu menjaga kesihatan. Amanah Allah jaga anak, isteri dan ibu bapa tu macam mana nak dipikul kalau diri sendiri sakit dan tak sihat? Mencegah lebih baik dari merawat. Dengan gaya hidup sekarang yang sibuk, kerap makan di luar, bercampur dengan rakan-rakan yang merokok, atau diri sendiri perokok tegar, pengambilan makanan tambahan pada pendapat saya sebenarnya satu keperluan. Tidak le jatuh tahap wajib ambil, tapi perlu ambil.

Shaklee menawarkan Set Kesihatan Lelaki (MEN’s VITAL HEALTH SET) yang terdiri daripada kombinasi CoQHealth Plus, Vita E, Zinc Complex, dan Omega Guard

Apa fungsi setiap supplement ni untuk kesihatan lelaki?

OMEGA GUARD

– minyak ikan terbaik di dunia yang dihasilkan dari ekstrak ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Mengandungi rangkaian 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain lain

– berfungsi membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostatomegaly dan masalah membuang air kecil yang berpunca daripada andropos

– menentang thrombosis, melincirkan salur darah, dan membantu mengekalkan tekanan darah normal. Ia juga berfungsi mengurangkan kolesterol dan mengawal masalah obesiti Ini seterusnya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar

– membantu perkembangan otak, seterusnya mencegah penyakit Alzheimer

– mencegah kanser prostat,paru-paru dan usus

– mencegah arthritis dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan tulang rawan

– mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

VITA E COMPLEX

– dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, dan dilengkapkan dengan selenium semulajadi yang membantu penyerapan Vitamin E oleh tubuh.

– Fungsi utamanya untuk perlindungan jantung (800 IU untuk jantung yang sihat), dengan mengurangkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol HDL dan menghalang perlekatan platelet ke dinding arteri

– mempertingkatkan dan memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian menunjukkan pengambilan 600-800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma

– anti- penuaan

– anti-oksidan yang kuat; berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas

meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

– membaiki arthritis – meningkatkan keanjalan salur darah, membaiki kitaran darah, merawat buasir, varicose vein dan sakit sendi

ZINC COMPLEX

– dirumus daripada zinc gluconate dan nutrien semulajadi lain seperti alfalfa dan kalsium

membentuk kolagen – membantu pembentukan protein dan kolagen untuk perkembangan kuku, kulit dan organ

memperbaiki masalah prostat ( melindungi prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan kerap kencing). Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prodtate dalam kadar 70%

– pengambilan jangka panjang boleh memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma. Zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga

– memperbaiki radang kulit seperti jerawat (acne)

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda berbanding organ lain, dan memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius mengakibatkan kematangan organ yang lambat, impoten, testikel yang kecil, kiraan sperma yang rendah, penuaan pra-matang dan keguguran rambut. Oleh itu ia penting untuk golongan remaja hingga ke umur tua

COQHEALTH PLUS

Coenzyme Q 10 yang diperkaya dengan Vitamin E dan Ekstrak teh hijau.
Coenzyme Q 10 bertindak di peringkat selular untuk membantu penghasilan tenaga. Secara langsung meningkatkan tenaga dalam tubuh. Ia juga penting untyk kesihatan organ tubuh seperti jantung, paru-paru dan hati.
– membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan mengurangkan paras kolesterol serta menstabilkan tekanan darah dan denyutan jantung.
– ia membekalkan 28mg coQ10 yang diperlukan oleh tubuh.

Sekian , info-sharing pada hari ini. Kalau rasa nak beli supplement untuk diri sendiri, atau suami atau sesiapa je lah, boleh PM saya 🙂

—————————————————-

Ieja Ibrahim
SMS/ whatsapp: 016-6658245
ijask@hotmail.com

20121214-140615.jpg

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s