Posted in Islamic, PERSONAL, SHARING

Kelebihan istighfar

Terbaca update orang kat FB tentang istighfar, teringat satu cerita yang saya dengar dekat radio IKIM beberapa bulan dulu.

Kisah terjadi masa zaman Imam Ahmad Bin Hanbal.

Pada suatu hari Imam Ahmad pergi mengembara. Selepas solat di masjid, memandangkan hari dah malam, Imam Ahmad bercadang nak bermalam je dekat masjid tu, tapi dihalang oleh penjaga masjid.

Lalu dia bertanya, kalau tak boleh bermalam dalam masjid, boleh tak dia duduk di perkarangan masjid? Pun tak dibenarkan oleh penjaga masjid. Dia tanya lagi, kalau dia nak berdiri je tepi pagar masjid? Masih tak dibenarkan penjaga masjid, sampai ditariknya Imam Ahmad keluar dari masjid.

Perselisihan tu disaksikan oleh seorang pembuat roti. Dia pun datang dan bertanyakan masalah Imam Ahmad. Lepas berbual seketika, dia pun ajak Imam Ahmad bermalam di rumahnya.

Sampai di rumah, dia sediakan tempat tidur Imam Ahmad, dan dia pun sambung kerja dia menguli roti. Sepanjang malam dia menguli roti sambil beristighfar.

Esoknya Imam Ahmad pun tanya lah kepada pembuat roti tu, kenapa dia beristighfar sepanjang malam.

Jawab pembuat roti tu; Dengan beristighfar sepanjang masa, Allah sentiasa tunaikan permintaan aku. Cuma satu je lagi permintaan aku yang belum tertunai lagi.

Apa dia? Tanya Imam Ahmad.

Aku teringin sangat nak berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal.

Subhanallah, aku lah Imam Ahmad bin Hanbal.
———-

Sweet, kan? Jadi mari kita beristighfar. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita dapat apa yang dihajati 🙂

Wallahu’alam.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s