Posted in BREASTFEEDING

Panduan memilih breast pump

Dah lama tak cerita pasal breastfeeding, disebabkan teruja dengan berita sahabat karib yang pregnant anak sulung, maka nak share sikit pasal breastpump. Saja bakar semangat nak suruh fully breastfeed sampai 2 tahun, in sha Allah.

So, ni saya nak share sikit pasal breastpump. Masa pregnantkan Adam, ramai yang kata dengan saya, breastpump tak perlu beli awal-awal, takut takde susu, nanti membazir, lagipun boleh pam pakai tangan, so tak payah beli pam awal-awal. Mujur saya dikurniakan suami yang begitu menyokong saya, dia kata, sooner or later, memang kena beli, jadi kita siap-sedia dari awal.

Dan sungguh, saya tak menyesal. Bagusnya beli awal, boleh pam untuk stimulate, kalau susu x banyak 2-3 hari pertama, dan untuk legakan engorgement bila susu mula banyak. Dan of course untuk start buat stok susu bila bekerja nanti.

So, yang ni yang saya rasa penting untuk pilih breastpump yang mana yang sesuai untuk anda.

1. Mula-mula sekali, anda perlu tentukan anda beli breastpump untuk apa? Anda surirumah yang simpan untuk sekali-sekala waktu keluar jalan-jalan, atau anda bekerja dan perlukan stok untuk waktu bekerja. Penggunaan berbeza, memerlukan pam yang berbeza. Contohnya, jika anda surirumah mahu pam sekali-sekala mungkin tak perlu double pam/ electric pam. Boleh guna manual. Tapi kalau anda memang plan untuk pam setiap hari selama 2 tahun, mungkin anda perlukan pam yang lebih tahan lasak dan mudah digunakan.

2. Bajet. Berapa banyak yang anda boleh/mahu spend untuk pam. Mungkin pam mahal bagus, tapi tak semestinya pam murah itu tak bagus. Yang penting kita tahu menggunakan alatan yang kita ada sepenuhnya. Elakkan pembaziran.

3. Masa mengepam. Ini perlu untuk menentukan sama ada anda mahu guna single atau double pam. secara purata, anda memerlukan sekitar 15-25 minit untuk mengosongkan sebelah payudara. Jadi, jika anda membeli single pam, anda memerlukan sekitar 30-50 minit untuk sekali sesi mengepam. Kalau waktu rehat anda cuma sejam, mungkin lebih baik membeli double pump untuk menjimatkan masa.

4. Tempat mengepam. Kalau ofis anda ada nursing room, tidak menjadi hal sangat. Tapi jika anda perlu mengepam di surau, atau bilik pejabat, mungkin anda perlukan pam yang kecil/mudah disorok, dan senyap sedikit supaya tidak mengganggu orang lain, dan anda pun tidak rasa terganggu.

5. Pelajari teknik marmet (mengepam
guna tangan). Ini teramatlah penting. Kerana kita manusia yang mudah lupa. Belilah pam canggih dan hebat, kalau tertinggal parts atau habis bateri, atau lupa nak caj, pam mahal itu tidak berguna ye rakan-rakan. Maka marmet lah anda sampai sakit tengkuk. Nak elak engorgement dan untuk simpanan kemudian hari. (pengalaman sendiri nih :p)

Saya rasa tu je kot points penting untuk tentukan sama ada anda nak beli pam manual atau letrik/battery operated, single atau double, mahal atau murah, handsfree atau tidak. Brand A atau B atau C atau takde brand.

Yang pasti, saya jatuh cinta dengan medela freestyle saya yang berusia sepuluh bulan itu. Ringan, handsfree, boleh mengepam sambil buat kerja. And I know some even do it while driving. Saya tidak sampai ke tahap itu lagi. hehehe.

Tapi yang penting apa pun alat yang anda ada, belajar memaksimakan penggunaannya. Jangan cepat give up, kerana breastfeeding adalah proses belajar, untuk anda dan bayi, dan cabaran untuk setiap anak tu berbeza. Jangan lupa doa pada Yang Esa, sesungguhnya dia yang memberi rezeki untuk setiap hambanya 🙂

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s