Posted in Malaysia, PERSONAL, TRAVELLING

JALAN JALAN PERGI PENANG

Rasanya tahun ni dah banyak kali berjalan, tapi jarang sangat post entry bersiar-siar. Hari ni kita buat ala-ala travelogue pula šŸ™‚

Sebenarnya ni kali pertama saya bersiar-siar kat Penang. Teruja juga rasanya. Hajat nak bawa mak ayah, tapi takde rezeki diorang nak pergi. Lain kali lah, in sha Allah.

Kami bertolak dari rumah pukul 9 pagi, singgah rumah mertua, pukul 10pg lah jugak keluar dari Melaka. Gedebak gedebuk dengan si kecil berdua tu, berhenti makan, solat, etc, pukul pukul 5ptg baru kami sampai dia Rumah Peranginan Petronas. Ok lah rumah dia, ada 4 tingkat. apartment 2 bilik, ada dapur masak, utilities and fridge. Boleh masak kat situ je kalau mahu. Sayangnya saya tak ambil pulak gambar rumah tu.

Ni gambar Adam main slide. Saya dan Dina takut air. Kami jalan-jalan tepi pantai petang tu, tapi ombak kuat sangat, sampai Adam naik takut.

20130519-073301.jpg

Malamnya kami makan di satu kedai Arab depan Masjid Batu Feringghi. Ok lah Cheese Nan dengan kebab ayam dia. Spaghetti bolognese dia saya tak boleh makan sebab dia guna keema (mince mutton). Tak boleh terima dek tekak ni. Dengan bau dia lagi. Last-last hubby yang habiskan, saya makan nan dengan kebab. Harga mahal lah bagi saya. Tapi encik hubby teringin nak makan, dan bayarkan, so takpe lah. hihihi. Kemudian shopping souvenir. Adam kena sakat dengan pekedai kat situ sampai tak nak jalan. Diorang mintak aiskrim dia. hahah. Tapi secara keseluruhan saya rasa orang Penang lebih peramah daripada tempat lain yang kami pernah pergi. Sampai satu tokey Cina tu siap bagi Adam sticker. dia kata Adam cute. hahah

Esoknya kami pergi Bukit Bendera. Breakfast pun dekat atas tu je. Kami sampai Bukit Bendera dalam pukul 10am. Orang pun tak ramai lagi. Kabus tebal, ada gerimis sikit. Sejuk pun ye.
Makan laksa Penang. Pagi sangat, tak banyak kedai yang dah bukak. Tapi saya kagum kat atas tu ada Klinik Kesihatan, Balai Polis dan Post Office. Lengkap! Kami naik buggy pusing atas tu. Dengan tourist guide Nepal yang fasih bahasa Melayu. Baru 2 tahun kerja kat sini.

20130519-074439.jpg

Spend lebih kurang 2 jam kat atas tu. Seronok juga. Lepas tu pergi Fort Cornwallis. By this time dua2 kanak2 dah pengsan. Makan tengah hari kat food court kat situ. Saya makan mee sotong rebus dan hubby makan char kuey teow. Sedap Char kuey teow dia. Tak pedas sangat. Dina pun suka. Adam pengsan sampai petang. heheh

Lepas Fort Cornwallis, kamu balik rumah. Tido dan rehat kejap. Petang pergi Teluk Bahang, makan jagung. Kemudian dinner di rumah Yong, kawan STF yang dah 7-8 tahun tak jumpa. Makan spaghetti dan cheesecak yang sedap. Adam tambah 3 kali! Lapar sbb tak makan tengah hari hihihi.

20130519-075058.jpg

Esoknya, pagi-pagi breakfast di Teluk Bahang. Murah sangat! Moi 2 mangkuk, teh O, teh tarik dengan kuih apa ntah nama dia, cuma RM4. dan boleh beli makanan kat gerai sebelah-menyebelah makan kat situ. unik! Lepas tu lepak di pantai Teluk Bahang, mandi. Ada satu keluarga Cina nampak obor2. mujur masa tu dah sudah mandi. huhu takut kena gigit!

Tengah hari baru bertolak balik. Singgah Penang Road beli souvenir dan makan nasi kandar. Bertolak dari Penang jam 3 petang lebih kurang. Amik kau, pukul 1 pagi tadi baru sampai Melaka. hihihi.
Trip yang menarik. Mahu pergi lagi!

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s