Posted in PRODUCTS

Rumah di tepi sawah..

20130527-001512.jpg

Alhamdulillah, rumah kami sudah bertiang akhirnya.. Walaupun proses permohonan pinjaman daripada BPPP agak lambat kerana kesilapan teknikal, tetapi lulus akhirnya (setelah hampir 5 bulan). Meskipun pinjaman yang diluluskan tidak seperti yang diminta (sedikit tidak puas hati di situ), namun kami redha. Mungkin ada hikmahnya. Mana tau, kami dapat langsaikan hutang dengan cepat sebelum tarikh tamat, kan? In sha Allah. Cita-cita saya nak bayar hutang rumah secepat mungkin.

Seronok bina rumah sendiri. Kontraktor kami, Teraju Ulung, adalah syarikat pakcik dan abang saya. Ya, ada buruk dan baiknya bekerja dengan saudara-mara. Tapi bagi saya, kalau kita ikut prosedur, in sha Allah. Selesanya bila senang di bawa berunding. Almaklum, kami bukan tahu kerja-kerja nak bina rumah. Apatah lagi hiasan dalaman. Tetapi, semuanya terasa dipermudahkan. Kerja dengan sesiapa pun, kepercayaan mesti ada, kan? Kalau tak, macam mana nak berurusniaga?

Apa pun, doakan rumah kami siap sempurna. Dah siap nanti, boleh datang singgah. Perancangannya selepas hari raya nanti baru siap, in sha Allah.
Nanti, bolehlah saya deco SOHO sendiri, yeay!

Kalau anda sedang cari kontraktor rumah, boleh beritahu saya. Mana tau kontraktor saya menepati citarasa anda juga :))

Adam kata;
bilik nenek no 1, bilik adam no 2. Bilik mama dgn papa? No 2 jugaklah! (ye lah, Adam kan dah kecik, mana boleh tidur sendiri! hehe).

Ok, mari tidur. Jom puasa Rejab esok.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s