Posted in HEALTH INFO, PREGNANCY

Buku Merah – Antenatal booking

Antenatal booking

Sembang semalam dengan group WA Shaklee2U saya, terkeluar pulak topik antenatal booking nih. Atau dalam nama yang lebih dekat dengan kita adalah ‘buat buku merah’ (sebab buku antenatal tu warna merah).

Saya bercakap tentang buku merah yang anda perolehi dari checkup di klinik kerajaan. Klinik swasta tak ada biasanya. (Atau saya yang belum pernah jumpa buku antenatal dari klinik swasta).
Sebenarnya, sebagai bakal ibu, kadang-kadang kita tidak didedahkan dengan kepentingan ‘buku merah’ ni. Ada yang mengatakan ia satu proses yang leceh, sebab lambat nak tunggu (almaklum klinik kerajaan, memang ramai orang dan kena tunggu lama).

Mula-mula kita kena tahu, apa yang dimaksudkan dengan ‘antenatal booking’. Biasanya booking dilakukan sebelum 12minggu pertama kehamilan. Walaupun ia dilakukan lenih lewat daripada waktu itu, ia masih dipanggil ‘booking visit’.

Perkara yang ditanya/dilakukan sewaktu booking:

1. Maklumat dan alamat anda dan suami.

2. menentukan tarikh jangkaan bersalin (EDD) menggunakan tarikh hari pertama period anda yang terakhir (LMP – last menstrual period). Hari pertama ye, bukan hari terakhir.

3. Maklumat tentang kandungan/keguguran terdahulu sekiranya ada. Sejarah obstetrik (darah tinggi/diabetes dan lain-lain sewaktu kandungan terdahulu)

3. Sejarah kesihatan anda dan keluarga. Terutama penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan asthma. Ini untuk mengambilkira faktor risiko terhadap kandungan anda sekarang. Juga keadaan kesihatan anda sekarang.

4. Pemeriksaan oleh jururawat dan/atau doktor yang bertugas. Termasuk ujian ultrasound scan untuk menentukan tarikh EDD (confirm date) jika perlu.

5. Ujian darah – FBC (full blood count), VDRL (Syphilis) dan HIV. Untuk mengenalpasti penyakit berisiko.

6. Ujian air kencing – untuk melihat kandungan gula/ protein dalam air kencing.

Kenapa saya rasa (ini pendapat peribadi saya) anda perlu melakukan booking di klinik kerajaan, bukan di klinik swasta. Tiada salahnya untuk jumpa pakar di klinik swasta, tetapi saya sarankan anda lapangkan masa untuk ke klinik kerajaan juga.

1. Pemeriksaan dilakukan secara lebih menyeluruh, kerana ingin mengesan masalah di peringkat awal. Masalah yang serius akan segera dirujuk ke klinik pakar di hospital.

2.Andaikata anda ditakdirkan merasa sakit hendak bersalin di tempat yang jauh dari klinik yang anda selalu pergi, anda ada buku merah yang bertindak sebagai passport yang mengandungi keadaan kesihatan kandungan anda hingga ke hari itu. Tidaklah doktor pening kepala nak merawat anda 🙂
(ye lah, dah sakit, cemaner nak cerita banyak2 kat doktor, ye tak?)

3. Selepas kelahiran, ada jururawat datang ke rumah untuk memeriksa anda dan bayi 🙂

4. Buku boleh jadi ‘keepsakes’, boleh simpan buat kenangan sampai anak dah tua. heheh :p. (ok, ni dah lari topik).

Apa pun, pilihan di tangan anda. Yang pasti anda perlu follow up dengan kerap di klinik/hospital yang terdekat dengan anda sepanjang kehamilan untuk memastikan perjalanan kandungan anda selesa dan selamat.

ps: Lepas buat buku, anda boleh memberitahu jururawat anda sekiranya anda ingin meneruskan follow up di tempat lain, tiada masalah. 🙂

20130528-174306.jpg

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “Buku Merah – Antenatal booking

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s