Posted in BREASTFEEDING, CONFINEMENT, DIET, ESP, Mealshake, Performance Drink, PERSONAL, RAMADHAN, SHARING

RAMADHAN DAN BREASTFEEDING

Assalamualaikum,

Dah lama tak mengupdate blog. Sedikit busy dengan hobi baru, menjahit. heheh (iye lah tu, baru jahit seluar sehelai dgn skirt sehelai.. hahaha)

Entry kali ni saya nak cerita sikit pasal breastfeeding dan puasa. Tidak dinafikan ramai ibu-ibu yang gusar (termasuk saya) dengan kedatangan ramadhan. Gusar takut letih melampau lalu tak dapat meneruskan puasa. Tambahan bagi ibu-ibu yang baru 3-4 bulan bersalin. Ye lah, kalau baby dah besar boleh la bg makan, kalau 3-4 bulan tu kan belum boleh makan dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu.
Begitu juga untuk ibu hamil, ada yang ganti puasa pun dah terasa letih dan lelahnya, apatah lagi kalau sebulan?

Memang, kita dirukhsahkan untuk berbuka jika tak mampu berpuasa. Tapi, larat ke nak ganti puasa? Ini dah 3 kali ramadhan pun tak habis2 lagi ganti puasa. tskkk…

Ramadhan pertama saya dengan Shaklee tahun lepas. Waktu usia Dina 2bulan. Baru lepas pantang. Alhamdulillah, sepanjang puasa saya konsisten ambil Vitalea, B Complex, Vit C, alfalfa dan zinc Complex. Saya akui bila petang tu penat sikit. terutama bila Dina menyusu lepas pukul 6, nak dekat berbuka tu. memang kadang2 tak larat. Tapi berjaya lah habiskan puasa, alhamdulillah. Masa ni belum amik ESP lagi, sebab saya x reti minum susu tepung!! hahaha (konfiden nasihatkan org suruh minum susu, diri sendiri bantai Dutch Lady coklat hari2 :p)

Ramadhan tahun ni saya ada pembantu tambahan. Set 3 Gem (ESP – MEALSHAKE – PERFORMANCE DRINK). Yang lebih membantu meningkatkan tenaga dan buat saya lebih cergas. Tipulah kalau kata tak letih langsung. Dah namanya pun puasa, menahan lapar dan dahaga, kenalah rasa lapar dan dahaga, tapi tidaklah kebelai nak tunggu petang. heheh

Apapun, sedikit tips dari saya untuk anda yang menyusukan dan mengandung:

1. Pastikan AIR anda cukup – saya minum lebih kurang 2 liter setiap malam. Memang kerap kencing, tp kalau tak cukup air, letih, penat, production akan drop

2. BERSAHUR – di samping memenuhi tuntutan agama, bersahur membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Saya biasa sahur dengan nasi, roti dan air milo.

3. Kurang bagus untuk yang berdiet, tetapi saya biasa makan sedikit untuk supper. Mungkin 1/3- 1/2 hidangan biasa.

4. Amalkan makan kurma waktu sahur dan berbuka kerana kurma mengandungi serat yang tinggi, serta membantu membekalkan tenaga.

Tu je kot yang saya buat sepanjang puasa tahun lalu. kalau ada nanti saya tambah lagi. hehehe. Kalau nak order supplement untuk berpuasa nanti, boleh contact saya, ye!

Ieja Ibrahim
016-6658245

20130703-090404.jpg

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s