Posted in BREASTFEEDING, Tips

POWER PUMPING

Salam,

Hari ni saya nak cerita tentang power pumping. Ramai yang mengalami masalah kemeruduman susu disebabkan pelbagai faktor. Selain dari memastikan anda menyusukan bayi dan mengepam sekerap mungkin (sekurang-kurangnya 3jam sekali), ada 2 cara yang amat membantu penambahan susu.

1. Pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Tidak perlu lama, sekitar 5-10 minit je. Ini satu cara memastikan payudara benar-benar kosong, dan memberitahu otak yang kita perlu susu lagi!! Jangan rasa kecewa jika anda cuma dapat kurang dari 1 oz setiap kali. in sha Allah, jika dilakukan secara konsisten, susu anda boleh bertambah.

2. Power pumping
Pam 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit.
Buat selama satu jam setiap hari, seeloknya pada waktu malam. Pada waktu lain, pam/ direct feed seperti biasa.
Perlu diingat, kesan power pumping ini tidak berlaku serta merta. Anda mungkin cuma akan dapat kesannya selepas 1 minggu. Jadi, janganlah baru 1-2 kali buat anda rasa kecewa dan putus asa.

Selain daripada teknik di atas, anda perlu memastikan asas penyusuan anda dipenuhi:

1. konsep demand vs supply. High demand, high supply. No demand, no supply. Kerana itu pentingnya penyusuan/ pam setiap 3 jam.

2. pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang, dan mengambil air yang mencukupi (2-3L/hari)

3. pastikan anak latching/ melekap dengan betul, dan menyusu sebelah payudara sehingga bayi melepaskan puting, sebelum menawarkan payudara sebelah lagi. Ini bagi memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk.

4. Belajar mengawal perasaan dan stress anda. Stress dan kepenatan mengganggu penghasilan hormon untuk mengeluarkan susu ibu.

Semoga bermanfaat 🙂

————-
Untuk supplement membantu penyusuan, atau pertanyaan tentang penyusuan, boleh contact saya:
Ieja Ibrahim
ijask@hotmail.com
016-6658245 (sms/wa)
Fb page : Ad-Dina Shop

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s