Posted in FAMILY, Kids' Safety, TRAVELLING

FORGOTTEN BABY SYNDROME

Salam,

Minggu lepas kecoh sekejap tentang kanak-kanak 3 tahun yang meninggal dunia di dalam kereta kerana ibunya terlupa yang beliau ada di dalam kereta, lalu ditinggalkan selama hampir 6 jam di dalam kenderaan bertutup dalam cuaca panas. Hati saya luluh mengenangkan nasibnya kerana Adam juga baru menjangkau 3 tahun dan Irdina baru setahun, dan sesungguhnya kita semua terdedah dengan kecuaian dan kelalaian.

Saya tidak mahu mengulas tentang ibu kanak-kanak tersebut, kerana saya pasti beliau sudah cukup tertekan. Ya, memang beliau cuai dan lalai, dan kita patut mengecam sikap cuai dan lalai itu, tetapi dengan mengecam ibunya tidak akan dapat memperbaiki keadaan. Apa yang kita boleh buat sebenarnya ialah dengan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang masalah ini.

‘Forgotten Baby Syndrome’ yang kian berleluasa di serata dunia. Jadi bagi ibu bapa dan penjaga, jangan ambil mudah perkara ini kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja. Saya rasa antara tips yang kita boleh amalkan:

1. Sekiranya anda meletakkan bayi atau anak anda di bahagian belakang kereta, pastikan anda meletakkan barang-barang anak anda di bahagian depan kereta. Sesuatu untuk mengingatkan anda yang anak anda ada bersama. Terutama jika anak anda sedang tidur lena di belakang.

2. Juga pastikan anak anda dapat dilihat melalui rearview mirror. untuk mengelakkan terlupa.

3. Jadikan habit untuk menelefon babysitter/ nursery tempat anak anda dijaga untuk memastikan anak anda selamat.

4. Minta babysitter menelefon anda sekiranya anak anda tidak tiba pada waktu yang sepatutnya tanpa diberitahu lebih awal.

5. Jadikan habit menelefon pasangan anda, sekiranya beliau yang menghantar anak pada waktu pagi.

6. Jadi lebih peka. Sekiranya ternampak kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian di dalam kereta, berikan bantuan sewajarnya.

7. Jangan tinggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa. Meskipun di dalam keadaan aircond terbuka.

Apa pun yang anda lakukan, utamakan keselamatan anak anda. Anak anugerah Allah, dan kanak-kanak dan bayi belum ada ‘sense of danger’. Mereka tidak mengenal erti bahaya, maka kitalah yang perlu ‘alert’ sepanjang masa. Tanggungjawab kita, amanah kita. Mari jaga sebaiknya, in sha Allah.

20130722-100555.jpg
Semoga kalian membesar jadi anak soleh/solehah, sihat dan bahagia dunia akhirat. I love U both 🙂

———
Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “FORGOTTEN BABY SYNDROME

  1. tula….mengejutkan malaysia kes tu kan….nak salah kan mak die puntakleh….kemalangan tak berbaukan…hope lepas ni jadi pengajaran pada parents diluar sane agar lebih alert …..

    Like

    1. yep, malang tak berbau. kasihan kan adik tu dan keluarga dia jugak. Semoga kita dilindungiNya. Takut bila fikir benda ni boleh berlaku kat kita, kan? 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s