Posted in Advance Joint Health Tablet, B Complex, Chewable Vita C, Collagen Powder, ESP, HEALTH INFO, Masalah Tulang, OsteMatrix, Vita C, Vitalea

OSTEOPOROSIS – Penyakit tulang rapuh

Osteoporosis atau tulang rapuh merupakan penyakit senyap yang tiada simptom. Ia menyerang 4 kali lebih ramai wanita berbanding lelaki, dan menyebabkan tulang mudah patah atau retak apabila berlaku sebarang kemalangan.

Pembentukan tulang berlaku diusia kanak-kanak dan remaja. 90% tulang terbina di usia 18-20 tahun, tulang mencapai peak bone mass di usia 30 tahun. Selepas itu, proses pembentukan tulang akan menurun, dan proses pemecahan tulang akan meningkat.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan osteoporosis iaitu:

– genetik
– jantina (perempuan > lelaki)
– umur – lebih 50 tahun
– kurang berat badan
– merokok
– pernah patah tulang
– mengambil alkohol berlebihan

3 elemen penting untuk tulang yang kuat adalah:
KALSIUM
PROTEIN
VITAMIN D

Sebahagian besar tulang terbina daripada kolagen (protein) yang diikat bersama kalsium dan mineral lain. Vitamin D pula membantu penyerapan kalsium secara maksimum.

7 TIPS PENJAGAAN TULANG

1. Dapatkan kalsium yang cukup setiap hari
Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil 50% daripada jumlah kalsium yang disarankan oleh KKM. Berikut adalah jumlah kalsium yang diperlukan dan sumber makanan yang tinggi kalsium:

20130924-155657.jpg

2. Pastikan jumlah Vitamin D yang mencukupi setiap hari
Vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari dan makanan. Anda perlu 10-15 minit cahaya matahari pada muka, tangan dan lengan 2-3 x seminggu untuk Vitamin D yang mencukupi. Bagi mereka yang tidak boleh terdedah kepada matahari, atau kurang upaya (bed-bound), perlu mengambil makanan seimbang atau tambahan multivitamin/ vitamin D supplemen.

3. Amalkan pemakanan seimbang
Daging, sayur dan buah-buahan berwarna juga perlu untuk tambahan mineral seperti zink, vitamin A, Vitamin C, dan protein untuk pembentukan tulang.

4. Bergerak
Gaya hidup aktif membantu melambatkan proses kerapuhan tulang, meningkatkan kekuatan otot dan membantu keseimbangan badan. Wanita yang berjalan kaki sekurang-kurangnya 4 jam seminggu akan mengurangkan risiko keretakan pinggul sebanyak 40%.

5. Berhenti merokok dan mengambil alkohol
Alkohol menghalang penyerapan kalsium manakala merokok merosakkan tulang.

6. Kurangkan kafein
Kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan. Pastikan anda TIDAK mengambil supplemen kalsium bersama-sama teh atau kopi!

7. Pastikan rumah anda selamat
Persekitaran yang selamat mengelakkan anda daripada terjatuh.

SUMBER: MAJALAH ANIS (Sept 2013)

Antara supplement Shaklee yang boleh membantu anda:

OSTEMATRIX – Tablet kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D, magnesium, Zink dan lain-lain untuk memastikan 99% penyerapan kalsium oleh badan.

ENERGISING SOY PROTEIN – protein soya yang diperkaya dengan kalsium untuk pembentukan tulang

SHAKLEE COLLAGEN POWDER – kerana sebahagian besar tulang terbina daripada kolagen

JOINT HEALTH TABLET – membantu keselesaan sendi

VITALEA – membekalkan vitamin dan mineral perlu untuk tubuh

VITAMIN C – membantu pembentukan kolagen

ALFALFA – kaya dengan mineral, mengurangkan inflamasi/ radang sendi/ tulang

B COMPLEX – Vitamin B6 dan folate yang memberi perlindungan tambahan kepada tulang

Berminat?
PM saya untuk info lanjut
Ieja Ibrahim
ID 887121
016-6658245
Fb Page: Ad-Dina Shop

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s