Posted in B Complex, FERTILITY, OsteMatrix

TTC – TRYING TO CONCEIVE

Assalamualaikum

TRYING TO CONCEIVE – MENCUBA UNTUK HAMIL

Saya tahu ramai di kalangan isteri atau ibu-ibu yang sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata. Tak kisah lah cubaan kali pertama, kedua, ketiga, hatta yang kesepuluh sekalipun, adalah penting untuk bakal ibu mendapatkan nutrient yang secukupnya untuk mengandung. Ada di kalangan kita yang tidak sedar kepentingan nutrisi untuk bakal ibu. Masing-masing cuma berminat untuk makan lebih sihat apabila sudah hamil, atau sudah menyusukan.

Sebenarnya nutrisi yang seimbang paling penting untuk mereka yang sedang mencuba untuk hamil. Kerana, dengan pemakanan seimbang dan kesihatan yang baik, tentu ibu-ibu akan lebih bersedia menghadapi fasa awal ataupun trimester pertama dengan lebih baik. Almaklum, fasa pertama ni merupakan fasa kritikal di mana pembentukan persenyawaan dan pembentukan otak, saraf tunjang dan organ-organ utama yang lain terjadi. Apatah lagi, biasanya kita cuma menyedari kehamilan bila sudah masuk bulan ke-2 atau bulan ke-3 kehamilan, di mana waktu itu janin sudah pun terbentuk! Kalau nutrisi tak cukup, atau kurang seimbang, maka tinggilah risiko untuk kecacatan janin, terutama bagi ibu-ibu berusia lebih 35 tahun, dan mempunyai anak yang ramai.

Vitamin yang paling penting adalah folic acid, yang berfungsi dalam pembentukan sistem saraf bayi. Kekurangan folic acid boleh menyebabkan penyakit spina bifida, iaitu kerosakan pada saraf tunjang dan tulang belakang, menyebabkan terdapat jarak pada tulang belakang bayi. Ini menyebabkan kesan jangka panjang seperti masalah kognitif dan pembelajaran, paralysis dan lain-lain.

20140127-183305.jpg

Haa sebab tu pentingnya ibu-ibu ni mengambil asid folik. Kalau boleh kawen je terus ambil. Kerana spina bifida terjadi dalam trimester pertama kehamilan. Kalau tunggu UPT (urine pregnancy test tu positif, takut da terlambat.

Antara makanan yang mengandungi asid folik

20140127-211634.jpg

Atau paling mudah, ambil saja B-Complex Shaklee. Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B, termasuk asid folik. Jadi, bukan sekadar dapat asid folik untuk janin, anda juga dapat kulit yang lebih cerah berseri, kurangkan stress, kurangkan sakit kepala, meningkatkan kadar metabolisma seterusnya menjadikan anda lebih bertenaga!! Juga sesuai untuk penghidap diabetes bagi mengurangkan simptom-simptom kebas kaki dan tangan.

20140127-212212.jpg
HARGA : RM 53 (120biji)

Hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi;
Ieja Ibrahim (SID 887121)
SMS/WA 016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

One thought on “TTC – TRYING TO CONCEIVE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s