Posted in HEALTH INFO, HEALTH TIPS

MENGAPA ANDA PERLUKAN SUPPLEMENT

Saya makan ikut piramid makanan, dan saya mengamalkan cara hidup sihat, jadi saya tak perlu ambil supplement.

Betul ke?

Saya sebenarnya berfikiran begitu sebelum ini. Tetapi, tahukah anda berapa banyak nutrisi makanan yang hilang daripada makanan, sebelum ia sampai ke pinggan dan perut anda?
Melainkan anda menanam sayuran atau buah-buahan dan membela ayam/ikan sendiri untuk dimakan, kehilangan nutrisi hampir tidak dapat dielakkan.

Ini kerana di zaman yang canggih ini, kebanyakan proses penghasilan makanan melalui proses ‘short cut’. Maksudnya ia tidak melalui proses alami yang menyebabkan makanan itu berkhasiat.

Sebagai contoh; kebanyakan ayam yang dipelihara untuk tujuan komersil disuntik dengan hormon untuk tumbesaran yang cepat, supaya pembekal dapat menampung keperluan pengguna. Dagingnya pun lebih lembut, berbeza dengan ayam yang dipelihara sendiri, lebih berotot dan pejal kerana ayam tersebut lebih aktif berbanding ayam komersil.

Sayur-sayuran seperti tomato dan lain-lain dipetik awal dan tidak melalui proses matang oleh cahaya matahari, menyebabkan kurangnya polyphenols dan sesetengah antioksidan yang hanya boleh terhasil apabila tumbuhan tersebut terdedah kepada cahaya matahari.

Ditambah pula dengan kurangnya zat mineral yang terkandung didalam tanah menyebabkan pokok-pokok juga kekurangan zat dan penggunaan racun serangga yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya sayuran tidak dicuci dengan betul sebelum dimakan.

Itu tidak termasuk proses kehilangan nutrisi yang berlaku sewaktu pengeraman, penyimpanan dan penghantaran ke kedai-kedai. Vitamin-vitamin juga boleh hilang sewaktu proses memasak disebabkan oleh suhu yang tinggi, yang boleh merosakkan sesetengah vitamin dan mineral.

Bila dari proses menanam pun, nutrisi dah mula hilang, agak-agak berapa banyak zat yang sampai, diserap dan boleh digunakan oleh tubuh? Tambah pula, berapa banyak variasi makanan yang kita ambil setiap hari? Biasanya kita makan nasi, ikan dan sayur-sayuran yang hampir serupa setiap hari.

Mampukah kita untuk mengambil 5 jenis sayur atau buah-buahan yang berbeza setiap hari tanpa gagal? Kerana setiap makanan mengandungi nilai zat dan mineral yang berbeza, jadi kita perlu mempelbagaikan jenis sayuran/buahan/bijirin untuk mendapat zat yang cukup setiap hari.

Faktor stress, radikal bebas dan pencemaran alam sekitar turut mengundang pelbagai penyakit dan mengurangkan tahap kesihatan kita.

Apapun, terpulang kepada anda. Yang pasti, bagi saya, mencegah itu lebih baik dari merawat. Dan sekiranya anda ingin mengambil supplement, pastikan supplement yang anda ambil semulajadi, berkesan, selamat, dan semestinya HALAL. Pilihan saya, mestilah Shaklee.

Jom Shaklee!

Ieja Ibrahim
016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s