DIET TINGGI PROTEIN

Assalamualaikum,

Sambung cerita protein. Sebab bulan ni promo ESP – energising soy PROTEIN, maka mari kita belajar pasal protein sampai muntah. Pastu boleh mandi ngan ESP sampai cantik gebu meletopsss…okessss 😉

Macam saya cerita semalam, protein memanglah sangat-sangat penting untuk kesihatan otot, kulit, organ dan tubuh badan. TETAPI pengambilan protein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan juga.

Antaranya:

1. Protein dalam badan biasanya akan dicerna menjadi glukos, ketone, dan hasil pencernaan dalam bentuk urea akan diproses oleh buah pinggang. Secara umum, buah pinggang boleh menampung pengambilan protein berlebihan ini. Tetapi jika berlarutan, ia boleh membebankan buah pinggang untuk jangka masa panjang.

2. Pengambilan protein berlebihan juga menyebabkan lebih kalsium beredar dalam salur darah di bahagian buah pinggang untuk menstabilkan pH di situ. Ini meningkatkan risiko berlakunya batu karang. Kajian menunjukkan pengambilan protein haiwan yang tinggi meningkatkan risiko batu karang sebanyak 250%.

3. Ramai yang mengamalkan protein diet untuk kurus, tetapi tahukah anda protein berlebihan juga boleh menyebabkan obesiti?
Kenapa? Cuba kira;
1g protein = 4kcal.
Jika anda ambil 100g protein, tetapi cuma menggunakan 50g dari protein tersebut, maka baki 50 x 4 = 200kcal akan disimpan sebagai lemak!
Sehari 200kcal ,
seminggu 1400kcal
sebulan? setahun? dah berapa kg lemak yang anda ternak?
Jadi ye, berlebihan protein boleh menggemukkan juga.

4. Pada kebiasaannya sumber protein daripada haiwan turut mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi. Menurut National Heart, Lung and Blood Institute, anda cuma perlukan 200mg kolesterol sehari.
Setengah keping dada ayam bakar mengandungi 83mg kolesterol. Itu kalau kita ambil bahagian dada. Kalau makan kulit/kepak/paha? Haa berapa banyak kolesterol dah kita simpan dalam badan.
Serta tahukah anda sebiji telur mengandungi 200mg kolesterol yang tersimpan dalam kuning telur? Jadi berhati-hati dengan pengambilan protein dalam diet anda!

5. Terlalu banyak protein juga boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, atau gas berlebihan. (Boleh cari cerita tentang makan telur banyak = kentut jadi busuk). Tu salah satu contohnya. Tak pernah dengar? Cuba tanya pakcik Google. ahaha

Macam takut je kann baca? Jadi sebenarnya, berapa banyak protein yang kita kena ambil setiap hari?

Sebenarnya kita perlukan sekitar 10-35% kalori daripada protein dalam diet harian kita.
Ataupun 46g sehari bagi wanita atau 56g sehari bagi lelaki.

Di samping itu, kita juga perlu mengambil makanan dari kumpulan makanan yang lain dan minum air yang cukup bagi mengelakkan berlakunya masalah protein berlebihan pada badan, dan memastikan kandungan nutrisi yang cukup untuk fungsi tubuh.

Apa yang penting – bersederhana dalam segala hal. Jangan ambil banyak sangat, tapi jangan pula sampai tak ambil langsung!

Nanti saya kongsikan kesan kekurangan protein pula.

20140305-151602.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s