Posted in PERSONAL, SHARING

TERJEBAK BUAT SHAKLEE

Assalamualaikum wbt

Hohoho cubaan menyiapkan entry ke-3 hari ni. Atau kalau tak sempat siap, kira entry no 1 lah esok. hahaha.

Oh well, sementara idea tengah mencurah, mari kita mengarang. Kang mood dah hilang, aptb. hehehe

Shaklee.. kenapa eh saya terjebak? Tau dah Shaklee ni MLM bila mak saya bgtau kena jadi member baru dapat harga ahli. tau dah la time tu. Tapi masa tu pikir nak mkn Shaklee 2 tahun je. Jadi member murah dan untung lah kann? So join.

Masuk Fb group S2U dan Jutawan. macam best je berniaga. Tapi 4-5 bulan jugak lah lepas join tu baru saya bersedia nak buat bisnes. Entah apa yang buat saya tergerak nak serius berniaga, saya pun x ingat dah. Pelik jugak, sebab diorang bukan dok tunjuk duit berlambak, tdo atas duit ke. Tapi saya lebih tertarik sebab diorang dok suruh byk zikir, banyak sedekah, banyak solat.

Apapun, yang pasti, saya tidak silap memilih. Walaupun tak reti berniaga, tak reti nak jual barang depan-depan, Alhamdulillah, berjaya juga jual barang kat orang. hahaha. Malu??? Memang lah malu. Tapi kalau dok pikir malu, bila nak maju??? betul takk? Rugi!!!

Jadi apa yang bestnya Shaklee ni??!

Selain produk yang tiptop, selamat, berkesan dan semulajadi tu. Yang buatkan orang yang dah pernah makan tercari-cari, melekat terus kat produk.
Jadi senang dah kat situ. Sebab produk da bagus, tak payah lah nak kelentong orang sebab nak jual barang kan? Kang daripada berniaga dapat pahala sebab nak ikut sunnah jadi berdosa pulak sebab menipu, betul tak? Tapi, Shaklee tak tipu. Produk dah bertahan lebih 50 tahun kat dunia ni. Bodohlah tokey big boss Shaklee tu bila dia menipu.

Sistem piramid vs sistem francais. Tidak seperti kebanyakan MLM lain yang sibuk dok suruh beli barang banyak-banyak, buat stok dan cari ahli ramai-ramai-ramai untuk berjaya, kami di suruh belajar dan membaca dan follow up customer dan kena rajin berusaha lah pendek katanya. Ye lah, mana ada duit terbang melayang dari langit, betul? Nak mkn telur goreng pun kena pegi beli telur, panaskan minyak goreng, cubit, masuk mulut, kunyah dan telan. Betul?
Abih tu takkan nak dapat duit juta-juta boleh duduk goyang kaki, tak payah buat apa-apa? Betul tak?
Yang paling bestnya, downline boleh lagi kaya daripada upline. Semua bergantung pada usaha. Kau rajin jual barang, rajin beranak dan pandai jaga anak, cepat lah berjaya. Kalau mak malas, anak rajin, anak bonus banyak, mak boleh tengok. Sistem Shaklee fokus untuk melahirkan usahawan yang bermula dari bawah. Bukannya usahawan yang dok paksa orang lain buat kerja, dapat duit atas angin.

Lahir pulak dalam keluarga JUTAWAN dan SHAKLEE2U yang sangat-sangat mementingkan ‘hablum minallah dan hablum minannas’. Sering diingatkan untuk selalu meminta pada yang Maha Memberi, bukannya pada manusia biasa. Sebab semuanya pun dari Dia, kan? Ilham, tenaga, kesihatan, rezeki, semua dari dia. Jadi, kena mintaklah pada Dia.
Dan sekarang, saya sedang berusaha membesarkan anak-anak sendiri dalam Ad-Dina Team. Tak mudah sebenarnya. Jaga anak dah tua, ingat senang ke? Kalau baby tu bolehlah nak marah-marah. Ni kang, salah cakap, sentap pulakk.. hehehe apa pun in sha Allah. Saya yakin dengan kebolehan anak-cucu-cicit Shaklee saya. Mereka mampu jadi lebih baik daripada saya. Asalkan mereka rajin. Dan yang pasti, doa saya sentiasa untuk mereka.

Hmm tu je lah kot untuk hari ni. Nanti lain kali boleh cerita lagi.

Saya juga dengan lapang hati menjemput anda yang ingin dan sanggup berusaha untuk dapatkan pendapatan sampingan, teringin nak sediakan lifeboat untuk keluarga, untuk menyertai keluarga Ad-Dina Team. In sha Allah, saya akan bantu sehabis daya untuk anda lebih berjaya.

Kalau tak nak biz, tapi nak jadi ahli untuk dapat kelebihan harga ahli pun amat lah digalakkan.

IEJA IBRAHIM
016-6658245
ijask@hotmail.com
http://www.facebook.com/AdDinaShop

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s