Posted in Collagen Powder, ESP, PRODUCTS

KESAN KEKURANGAN PROTEIN

Assalamualaikum wbt..

Semalam da cerita kesan bila ambil protein berlebihan, kan? Hari ni nak cerita pasal KESAN KEKURANGAN PROTEIN pulak. Ye lah, protein ni kan building blocks untuk tubuh, juga membekalkan asid amino yang penting untuk fungsi sistem, hormon dan enzim dalam badan. Jadi, pastinya pengambilan protein yang tidak mencukupi, terutama bagi pengamal diet vegetarian akan mendatangkan kesan negatif pada tubuh..

Jadi apakah simptom atau pun tanda-tanda kurang protein dalam diet?

1. Oedema – pembengkakan disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan. Ini kerana protein membantu menyeimbangan kandungan air dalam badan, dan kekurangan protein boleh menyebabkan berlakunya penyimpanan air yang tidak seimbang.

2. Turun berat badan. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat. Ini kerana sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi, maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan kehilangan otot-otot tubuh sekaligus menurunkan berat badan.

3. Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak. Ini juga antara kesan kekurangan protein. Kerana rambut dibuat daripada protein. Takde protein –> TAKDE RAMBUT!!

20140311-114114.jpg

4. Koilonychia ataupun spoon-shaped nail juga boleh menjadi antara tanda kekurangan protein. Walaupun biasanya tanda ini adalah normal dikalangan kanak-kanak.

20140311-115223.jpg

5. Protein juga penting untuk mencerna zat besi bagi menghasilkan sel darah merah. Tambahan pula, kebanyakan makanan yang mengandungi protein juga mengandungi Vitamin B12 yang juga penting untuk penghasilan sel darah merah. Jadi kekurangan protein boleh menyebabkan anaemia – kurang darah merah.
Antara tanda awal anaemia adalah keletihan, kulit pucat, jantung berdebar dan pening kepala. Nanti kita cerita tentang anaemia secara detail. Kena tunggu ilham sampai dulu. heheh.

6. Selain diabetes, antara punca luka lambat sembuh adalah kerana kekurangan protein. Ini kerana kita memerlukan asid amino yang cukup untuk proses baik pulih luka.

7. Kerana kulit juga berasaskan protein, jadi bila kita kurang protein, kulit juga akan terkesan, dan kita akan lebih mudah mendapat masalah kulit seperti eczema, ruam, kulit kering.

8. Kekurangan sesetengah amino asid juga boleh mengurangkan hormon serotonin. Bila kurang serotonin, kita boleh mendapat masalah sukar tidur, atau tidur yang kurang nyenyak.

Sebenarnya, kebanyakan masalah kekurangan protein ini lebih ketara di kalangan pengamal diet vegetarian, berbanding mereka yang mengamalkan diet biasa. Jadi adalah penting untuk kita memastikan pengambilan protein yang cukup untuk kesihatan.

20140311-123257.jpg
Promo ESP sepanjang Mac. Bekalkan tubuh anda dengan proteun secukupnya.

Ieja Ibrahim
Your Preferred Shaklee Distributor
016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “KESAN KEKURANGAN PROTEIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s