Posted in HEALTH INFO, HEALTH TIPS, Peadiatric

UBAT ATAU RACUN?

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni nak cerita tentang alahan. Terutama lepas dengar berita adik yang mendapat alahan teruk hari tu dah pun meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga keluarganya tabah.

Alahan. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ALAHAN?

Alahan atau allergy adalah kesan sampingan atau reaksi tubuh terhadap makanan, ubatan, debu, hama atau kotoran. Biasanya bahan penyebab alahan dipanggil allergen. Apabila badan didedahkan kepada allergen, badan akan menganggap bahan tersebut sebagai berbahaya dan mula bertindak balas dengan mengaktifkan sistem imun tubuh. Terdapat beberapa jenis alahan seperti alahan kulit, makanan atau ubat-ubatan.

20140318-165538.jpg

ANTARA MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN

20140318-165638.jpg

Antara jenis alahan yang kita biasa dengar adalah;
– ruam
– selsema/batuk
– wheezing
– bengkak anggota tubuh
– kesukaran bernafas
– dan kematian sekiranya berlaku alahan serius.

Sebenarnya, hanya anda yang tahu jika anda alah terhadap sesuatu bahan atau makanan atau ubat-ubatan. Kerana, adalah hampir mustahil untuk menjalankan ‘allergy test’ terhadap semua orang dan semua jenis bahan.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda sebagai individu, terutama ibu bapa untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengelakkan terjadinya alahan yang serius terutama yang disebabkan oleh ubat-ubatan.

1. Kenal pasti sekiranya anda atau anak anda alah pada apa-apa jenis bahan, terutama makanan atau ubat-ubatan.

2. Jika anda atau anak anda ada alahan tertentu, TULIS NAMA UBAT DAN MAKANAN DI ATAS KERTAS dan simpan dalam beg duit anda.

3. TUNJUKKAN PADA DOKTOR anda setiap kali anda mendapat rawatan. Ingat seteruk mana alahan yang anda dapat (ruam, susah nafas, bengkak etc)

4. Sekiranya itu kali pertama anda mengambil ubat tersebut, dan terjadi alahan, JUMPA SEMULA DOKTOR TERSEBUT DENGAN SEGERA, atau jika anda ke klinik lain, BAWA UBAT TERSEBUT BERSAMA-SAMA. Ini memudahkan proses rawatan, dan mengelakkan berlakunya peristiwa yang sama atau lebih teruk lagi.

Ini kerana apabila tubuh didedahkan pada allergen untuk kali kedua, badan kita akan ‘ingat’ allergen tersebut dan menghasilkan lebih banyak bahan kimia untuk melawan allergen dan tercetuslah reaksi allergi atau alahan.

sumber: nhs.uk, google image

Ieja Ibrahim
Shaklee ID 887121
sms/wa: 016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s