Posted in HEALTH INFO

Kenapa perlu sihat?

Ahemm.. bersiaran dari kzoom baru hari ni.. I like!! Heheheh..

Dah lama mengabaikan blog dan Shaklee, tetapi cukuplah bermuram durja. Hidup mesti terus. Yang pergi akan tetap pergi, tapi, kita yang tinggal ni, belum tahu untung nasib kita. Maka, teruskan memberi dan memberi untuk umat dan masyarakat. Semoga usaha yang tak seberapa dapat membantu kita di alam yang kekal abadi nanti. In sha Allah, aminnn…

Hari ni nak share gambar ni yang dikirim Ummie Shaklee saya nun jauh dari Long Beach sana.

image

Agak-agak berapa umur aunty ni? Masih vogue bergaya tanpa penyakit, seorang pengamal Shaklee sejak berpuluh tahun lamanya. Aunty yang berusia 81 tahun, masih sihat, aktif dan cergas membantu orang lain.

Kenapa agaknya anda rasa anda perlu sihat? Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.. ke ada yang rasa kesihatan tu tak penting untuk diri dia? Ke tak pernah terfikir pun kita kena jaga kesihatan?

Bagi saya, menjaga kesihatan itu satu TANGGUNGJAWAB. Tanggungjawab pada diri sendiri, pada keluarga dan agama.

Kita dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi, meski pun bukan sebagai pemimpin masyarakat, tapi masih perlu memimpin diri sendiri dan keluarga. Bayangkan anda sebagai ayah atau ibu jatuh sakit? Tak perlu sakit teruk, demam selsema atau cirit birit dah cukup.

Apa impaknya pada keluarga anda? Anda yang tidak selesa dan dalam kesakitan pasti akan lebih cepat naik marah, lebih-lebih lagi bila ada anak kecil yang demanding. Anak tak berdosa jadi mangsa kemarahan kita yang kesakitan. Itu baru sakit biasa-biasa, belum lagi penyakit kronik yang berterusan. Impaknya mungkin bukan sekarang, tapi mungkin 10-20 tahun lagi bila sakit semakin teruk akibat kita tidak menjaga kesihatan.

Jadi, tanggungjawab kita menjaga kesihatan untuk diri, keluarga dan masyarakat..
Bila sihat, senang kita nak beribadat, nak bangun solat malam, nak pergi masjid pun tak berkira-kira sebab sakit lutut sakit pinggang bagai, kan?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara; salah satunya: SIHAT SEBELUM SAKIT. Bila da sakit, duit selepuk dalam bank, makan penuh semeja pun, tak guna jugak, kan?

Jom sihat dengan Shaklee :))

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

One thought on “Kenapa perlu sihat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s