Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, DIET, ESP, Omega Guard, OsteMatrix, Tips, Vita C, Vitalea

DIET SIHAT IBU MENYUSU

Sebenarnya diet bagi ibu menyusukan tidak banyak bezanya dengan diet sihat bagi orang dewasa yang lain. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan keperluan nutrisi bagi kedua-dua ibu dan bayi dapat dipenuhi. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah:

1. Makan makanan seimbang untuk KESIHATAN ANDA

image

Susu ibu secara umum dapat memenuhi keperluan nutrisi harian bayi walau apa pun makanan yang diambil oleh ibu. Namun sekiranya ibu hanya mengambil makanan dari satu kumpulan makanan sahaja, ia boleh menganggu kepekatan, kuantiti dan kualiti susu ibu. Anda perlu mengambil makanan seimbang kerana kandungan nutrisi yang tersimpan dalam badan anda akan berkurangan pada jangka masa panjang.  Anda juga memerlukan tenaga dan stamina untuk menjaga ahli keluarga yang lain.
Adalah normal untuk ibu menyusu merasa lapar. Ini boleh di atasi dengan mengambil makanan pada kuantiti yang sedikit, tetapi kerap, dengan snek sihat di antara waktu makan.

2. JANGAN KIRA KALORI
Ibu menyusu hanya memerlukan lebih kurang 500kalori lebih berbanding wanita biasa, menjadikan jumlah kalori yang anda perlukan sehari cuma 2000-
2500kalori.

3. RANCANG PENURUNAN BERAT BADAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG (SLOW AND STEADY).
Rancang jangka masa setahun untuk menurunkan berat kepada berat asal anda.
Jangan berdiet sehingga sekurang-kurangnya 2 bulan selepas kelahiran, bagi mengelakkan masalah kekurangan susu. Dan elakkan ‘crash diet’.

4. PELBAGAIKAN MAKANAN
Pelbagaikan jenis makanan. Pastikan anda mengambil cukup makanan dari semua kumpulan makanan karbohidrat, protein dan lemak. Makan karbohidrat kompleks seperti cereal dan bijirin penuh untuk rasa kenyang yang lebih lama.

5. AMBIL LEMAK BAIK
Elakkan lemak trans dan lemak tepu seperti lemak daging, susu penuh krim dan mentega. Ambil lemak tak tepu seperti minyak zaitun, minyak canola atau ikan berlemak seperti salmon.

6. ELAKKAN KONTAMINASI
Basuh buah-buahan dan sayuran dengan bersih bagi menghilangkan insecticide/pesticide. Pilih sayur organik jika boleh. Gunakan air bertapis.

7. MAKAN IKAN
Ikan kaya dengan DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan mata dan otak bayi. Ia juga membantu mengurangkan risiko kemurungan post natal atau meroyan. Sekiranya anda tidak suka makan ikan, bolehlah diganti dengan supplement Omega 3.

image

8. JAUHI ALKOHOL
Alkohol boleh menyebabkan bayi mengantuk dan lesu. Ketagihan alkohol juga menyebabkan anda tidak boleh menjaga bayi dan keluarga anda dengan baik.

9. MINUM BANYAK AIR DAN JAUHI KAFEIN
Ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 16 cawan air (lebih kurang 3L sehari). Namun, cara yang lebih baik adalah dengan memerhatikan warna urin anda. Urine seharusnya berwarna kuning jernih atau cerah.
Kafein daripada kopi, teh dan coklat juga harus dielakkan. Jumlah kafein yang boleh diambil adalah kurang daripada 300mg sehari.

10. PELBAGAIKAN RASA MAKANAN DAN PERHATIKAN REAKSI PADA BAYI.
Secara amnya, kepelbagaian rasa makanan mempengaruhi rasa susu ibu. Jadi pelbagaikan makanan anda. Cuma terdapat sesetengah makanan seperti brokoli, kobis bunga, bawang putih dan pulut boleh menyebabkan bayi kembung. Jadi, ibu perlu berhati-hati dan mencuba mengikut kesesuaian bayi anda.
Makanan lain seperti udang, strawberi dan telur pula boleh menyebabkan alahan seperti ruam, masalah pernafasan dan perubahan pada najis bayi. Jadi ibu perlu peka terhadap pemakanan masing-masing dan kesannya terhadap bayi anda.

11. TERUSKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT
Pengambilan supplement prenatal atau multivitamin seharusnya diteruskan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas bersalin. Supplement bukan sebagai pengganti makanan sihat, tetapi lebih untuk membantu anda mendapat nutrisi seimbang pada hari-hari yang anda tidak dapat makan makanan seimbang.

Selain multivitamin, anda juga boleh mengambil kira pengambilan kalsium dan vitamin D sebagai supplement harian terutama jika anda tidak dapat mengambil produk tenusu secara konsisten setiap hari.

Sumber: babycenter.com

Cadangan supplement untuk ibu menyusu:

image

Ieja Ibrahim
016-6658245
Fb: Ad-Dina Shop
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s