Posted in PERSONAL

Syawal yang ditinggalkan

Syawal bersejarah. Sesungguhnya Syawal tahun ini terasa berlalu macam mimpi. Saya cuma ingat 1 dan 2 Syawal. Hari seterusnya terasa bercampur aduk, tapi, saya rasa ingin berkongsi cerita, meluah rasa dan menyimpan memori. Sebagai kenangan dan ingatan buat diri sendiri.

Syawal pertama tahun ini sedikit berbeza sebab makwe dah tiada. Selalunya lepas subuh, kami akan balik rumah mak ayah bersalaman, kemudian ke rumah makwe dan nek cik sebelum balik solat hari raya di rumah mertua. Tahun ini, kami sarapan di rumah mak ayah. Lepas bersalaman bergerak balik ke rumah mertua untuk solat hari raya. Rupanya itu salam terakhir saya dengan ayah.

image

Biasanya sebelah malam saya akan singgah rumah mak, ambil adik bawa beraya. Tapi sebab kanak-kanak ribena tdo cecah pukul 10malam, maka kami tak ke mana-mana. Tak tahu yang ayah mengadu sakit kepala, kemudian ke klinik dengan adik. Kali pertama. Selalunya dia pergi sendiri.

Raya kedua, saya telefon rumah.Mak kata ayah sakit kepala, suruh saya bawa bp set. Saya ingat sakit kepala biasa. Singgah rumah mak, tengok ayah sedang menyapu sambil merungut ayam asyik berak depan laman. Saya sangka ayah sudah sihat. Jadi saya pun bergerak ke rumah pak cik di hujung kampung.

Tak sampai 5 minit, adik telefon, ayah tak boleh bangun katanya. Kami bergegas pulang, tak sempat minum pun. Sampai rumah, pak itam sedang gosok belakang ayah, dan dia muntah di dapur. Kami baringkan dia sebelum dia kata nak ke tandas. Lepas bawa ke tandas, dia makin drowsy. Mula-mula ingat nak panggil ambulans, tapi rasa lagi lambat, jadi kami bawa ayah terus dengan kereta.

Dalam kereta, ayah muntah lagi sekali dan terus tak sedarkan diri. Mujur red zone kosong waktu kami sampai. Ayah di-intubate (masuk tiub pernafasan), set drip dan lain-lain. Pelbagai perkara yang saya fikirkan tapi yang pasti imej yang saya bayangkan semuanya bukan yang indah-indah. Plan untuk CT scan sebab suspect pendarahan di otak.

As expected, memang pendarahan di otak, kerana salur darah pecah. Tunggu feedback HKL, kerana rawatan dan pakar neurosurgery hanya di KL. Alhamdulillah mereka mahu terima ayah untuk rawatan lanjut. Pukul 5 lebih ayah di transfer ke HKL. Sampai HKL terus buat prosedur draining, dan esoknya diteruskan dengan CT angiogram dan coiling.

Pelik sebenarnya berada di receiving end of the system. Selalunya, kita yang beri rawatan, tapi kali ni, bila terpaksa buat keputusan untuk yang tersayang, hati jadi berbolak-balik, tak keruan. Tahu possible outcome macam mana. Apa pun outcome daripada treatment ini, ia akan merubah hidup kami sekeluarga 360darjah. Mujur saya mak dan adik beradik lain mudah diajak berbincang. Semua faham akan keadaan ayah. Cuma jadi sukar bila setiap hari orang tanya, ayah ok? Ayah dah bangun? Berapa lama nak on machine? Jadi sedikit penat di situ. Dan jawapan saya akan jadi; tak tahu, semuanya Allah yang tentukan.Walaupun jauh di sudut hati saya dapat rasa yang ayah mungkin takkan bangun lagi. Tapi, miracles do happen, dan tak salah berpegang pada keajaiban Allah, kan? 🙂

Kedua-dua prosedur berjaya, Alhamdulillah, tapi ayah masih tak sedar. Hari Rabu, kami balik Melaka sebab suami dah mula kerja. Sabtu, kami ke KL semula, jenguk ayah dan temankan mak. Sempat sambut hari jadi Adam di hotel. Cadang nak balik hari ahad, tapi ada plan untuk CT scan hari Isnin, jadi kami tangguhkan sehari lagi. CT scan hari Isnin nampak pendarahan dah makin kurang, cuma ada demam. Kemungkinan jangkitan dari tracheostomy dan ventilator. Agak biasa untuk pesakit ICU.

Alhamdulillah, dapat bawa Adam dan Dina masuk ICU jumpa atuk selepas minta kebenaran daripada staff NeuroICU yang baik hati.

Selasa saya ke tempat kerja.
Cadangnya nak ke KL hari rabu, sebab weekend ada majlis nikah abang ipar saya. Hari Rabu kami sampai, awalnya ayah nampak ok. Demam dah kebah. Tapi tiba-tiba petang itu keadaannya merosot sedikit. Sekali lagi buat CT scan, bleeding memang dah kurang, jadi kemungkinan disebabkan jangkitan yang belum baik sepenuhnya.

Malam itu, mak suruh kedua-dua adik saya balik Melaka. Tinggal saya, abang dan mak di KL. Datang tengah hari Khamis, saya tanya nurse, keadaan memang makin merosot. Tunggu doktor untuk discuss. Masa tu, memang keadaan ayah dah kritikal. Tiada pernafasan sendiri, anak mata dah tiada reaksi, jantung dan nadi bergantung ubat. Dengan kata lain; tunggu saat dan ketika, dah takde apa yang boleh dibuat.

Allah.. tak tahu nak kata macam mana. Call orang di rumah. Mak kata, tunggu kat rumah, selesaikan majlis bacaan Yasin untuk ayah malam tu.

Petang selepas asar, kami sepakat bawa ayah balik.. selepas berbincang dengan doktor. Keputusan yang sukar, tapi kami rasakan yang terbaik untuk ayah. Naik ambulans dengan mak dari HKL ke Melaka. Perkara yang biasa satu ketika dulu, tapi rasa yang berbeza. Ye lah, dulu accompany patient, ini ayah sendiri.

Sampai rumah, kami hantar kalimah dan satu-satu cabutkan oksigen, ubat dan lain-lain. His time has come. But at least he was surrounded by family and friends. At the comfort of our home. Mujur saya ada sepupu yang juga doktor, yang membantu sepanjang proses membuat keputusan sukar. Yang bantu disconnect tubes dan ubat yang saya tak mampu lakukan sendiri. Syukur Alhamdulillah. Ayah pergi pada 7/8/14 lebih kurang jam 11 malam di usia 63tahun.

Dan saya bersyukur dengan jumlah tetamu yang datang waktu solat jenazah dan pengebumian ayah. Hanya Allah yang mampu membalas. Pada rakan-rakan, terima kasih atas doa dan ucapan takziah. Terima kasih banyak-banyak.

Semoga ayah aman di sana, dan semoga syurga tempatnya. Aminnn.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj Ibrahim bin Ali.
20 Apr 1951 – 7 Ogos 2014.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s