Posted in PRODUCTS

Jadual mengepam susu

Assalamualaikum,

Bagi ibu-ibu bekerjaya, kembali bekerja di pejabat selepas melahirkan merupakan antara satu cabaran besar yang perlu di atasi. Bagi ibu yang menyusukan, terutama bagi yang kali pertama ingin menyusukan, pastinya perkara ini menjadi lebih sukar lagi apabila memikirkan tentang jadual pengepaman harian dan juga bila memikirkan tentang EBM (expressed breast milk) yang ditinggalkan. Cukup atau tak cukup untuk anak aku ni?

Semuanya menjadi satu tembok besar yang membuat ibu rasa ragu-ragu dan mungkin agak tertekan pada minggu-minggu terawal bekerja, hingga mengganggu produksi susu harian.

Secara amnya, ibu-ibu digalakkan mengepam lebih kurang 3 jam sekali pada waktu bekerja. Jadi untuk waktu kerja 8pg – 5 ptg, anda seeloknya mengepam 3 kali sepanjang hari. Tapi, ini pun bergantung kepada jenis pekerjaan dan kesempatan waktu yang anda ada. Biasanya, anda akan memerlukan lebih kurang 20-30minit untuk setiap sesi mengepam. Jadi bagi anda yang mempunyai kekangan waktu, digalakkan menggunakan double pump bagi mengurangkan waktu mengepam kepada lebih kurang 10-15 minit setiap sesi.

Antara contoh waktu mengepam yang anda boleh ikuti:

image

Tapi, yelah kadang kadang kekangan tugas membuat waktu kita terbatas, jadi yang penting kita berusaha, dan cuba yang terbaik.

Pengalaman saya waktu menyusukan Adam, memang berbeza dengan Dina. Sebabnya waktu menyusukan Adam, saya bertugas di hospital dengan oncall lebih 24jam, dan single pump.
Dengan Dina, saya bertugas di Klinik kesihatan pada waktu pejabat dan mengepam dengan double pump.

Asasnya lebih kurang sama. Biasanya saya pam waktu subuh, pukul 10(jika sempat), lunch break, sekali lagi lepas waktu kerja. Kadang-kadang sebelum tidur jika stok menyusut.

Waktu saya oncall, untuk dapatkan 8kali sesi mengepam sepanjang hari memang agak mustahil, jadi saya pastikan saya dapat sekurang-kurangnya 6 sesi dalam 24jam. Biasanya setiap kali waktu solat, dan sekali di tengah malam sekitar jam 2-3pagi. Dengan single pump, saya biasanya menghabiskan masa lebih kurang setengah jam setiap sesi. Dan jika terlalu penat, hasilnya memang kadangkala tak banyak walaupun dengan breasts yang engorged dan sakit.

Jika hari biasa, saya pam sekali waktu subuh, zohor, sebelum balik kerja dan malam. Waktu menyusukan Adam, saya agak struggle dengan jadual mengepam. Lagi pula Adam memang minum 5-6 oz setiap kali. Jadi demand memang tinggi. Selalu tak dapat buat stok. Susu yang ada memang kais pagi makan pagi gayanya. Apapun, saya bersyukur dapat fully breastfeed selama setahun, sebelum mengenalkan formula pada Adam. Akhirnya dia wean off sendiri di usia 16bulan, dan kandungan saya mencecah 4bulan.

Dengan Dina, saya lebih bersedia. Stok frozen EBM saya banyak sebab mula menyimpan seawal minggu pertama. Masa Adam dah masuk sebulan baru buat stok. Menyesal sikit di situ! Tapi dengan seorang toddler dan bayi, waktu mengepam di rumah memang terbatas. Di peringkat awal saya berjaya juga mengepam 2 sesi waktu kerja, jam 10am dan 1ptg. Tapi dengan jumlah patient yang ramai, memang tak sempat nak mengepam.

Dina pula kurang gemar minum EBM. Bayangkan sepanjang hari dari jam 8-5 nak habiskan 8oz EBM pun susah. Jadi, saya bagi dia direct feed dalam kereta, pam sekali waktu tengah hari, dan balik direct feed lagi di rumah sitter sebelum balik rumah. Banyak direct feed daripada EBM, sbb dia tak suka EBM.

Waktu mengepam pulak, walaupun cuma 10-15minit setiap sesi (tak boleh lama sebab waktu rehat 1jam nak makan solat pam) tapi sebab guna double pump, hasilnya meriah lah sampai 10-12 oz setiap kali. Alhamdulillah.

Ni yang ketiga, harapnya dipermudahkan urusan penyusuan. Berdebar nak handle preschooler, toddler and infant sekaligus. Semoga ibu tak bertukar jadi rasaksa hahaha.

Apapun, ikut kesesuaian jadual anda. Tapi, janganlah terrrlalu lenient dan tak kisah, hingga terabai waktu mengepam, kurang demand kurang supply pastu give up tak nak breastfeed.

Breastfeed is natural, but not easy. Never easy. Sebab tu satu kepuasan bila dapat susukan anak. Dan jangan lupa niat untuk ikut suruhan Allah. In sha Allah pahala bertambah, cabaran dan halangan dapat diatasi :)).

Ieja Ibrahim
Shaklee ID 887121
016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s