Posted in BREASTFEEDING, PRODUCTS, Vita C

Vitamin C untuk ibu menyusukan.

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita pasal Vitamin C, khususnya untuk ibu yang menyusukan. Seperti yang kita tahu, pengambilan nutrisi seimbang penting untuk semua. Tetapi, bagaimana kita nak tahu cukup atau tidak kandungan nutrisi seharian kita?

Antara fungsi utama vitamin C adalah untuk perkembangan, pembesaran dan baikpulih tisu tubuh. Ia juga memainkan peranan penting untuk menyerap zat besi, perkembangan sistem imun, sintesis kolagen, baik pulih luka, dan untuk memastikan kesihatan kartilage, tulang dan gigi.

Selain itu, kajian juga menunjukkan vitamin C penting untuk:

1. Individu yang mengalami tekanan. Ia membantu meningkatkan tahap imun individu berkenaan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Oleh itu ia amat penting untuk ibu-ibu terutama yang baru melahir dan menyusukan anak mengambil vitamin C secukupnya, bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada di paras optimum.

2. Oleh kerana vitamin C sangat sensitif pada tekanan, ia merupakan vitamin terawal yang menyusut dengan pengambilan alkohol, perokok dan obesity.

3. Ia juga membantu mengurangkan komplikasi serius seperti pneumonia (jangkitan paru-paru) akibat batuk selsema. Ia mungkin tidak menyembuhkan, tetapi mengurangkan komplikasi.

4. Kerana ia berkesan pada sel di dalam dan di luar tubuh, jadi ia mengurangkan kekeringan kulit dan kedutan pada kulit.

5. Sifat antioksidannya memelihara sel daripada kerosakan akibat radikal bebas, bahan kimia dan bahan pencemar seperti asap dan rokok.

SUMBER UTAMA:
Daripada sayuran dan buah-buahan.

image

image

Secara umum individu biasa memerlukan sekitar 85-90mg vitamin C sehari, dan ibu menyusu memerlukan 120mg sehari.

Namun, kajian menunjukkan kita perlu mengambil 500mg vitamin C sehari untuk mendapat kesan maksimum daripada pengambilan vitamin C. Itu bersamaan dengan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari.
Pengambilan melebihi 2000mg sehari boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit dan perut berangin.

Pengambilan Vitamin C pula perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan tahap konsentrasi vitamin C dalam darah berada di paras optimum.

KESAN KEPADA SUSU IBU

Vitamin C merupakan vitamin larut air, jadi ia secara mudah disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Pengambilan Vitamin C pada dos yang tinggi sebenarnya tidak menjejaskan kesihatan bayi. Ini kerana, walaupun ibu mengambil vitamin C yang banyak, jumlah yang terkandung dalam susu ibu adalah pada paras optimum mengikut keperluan bayi. Ia tidak akan melebihi paras yang sepatutnya. Subhanallah, hebatnya kuasa Allah. Sehingga kandungan nutrisi dalam susu ibu itu sentiasa cukup dan sesuai dengan keperluan bayi. 🙂

Sumber: webmd.com, livestrong.com

image

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

SR Vita C daripada Shaklee membekalkan 500mg Vitamin C untuk keperluan harian anda.
Yang lebih baik berbanding Vitamin C biasa kerana formula sustained release membekalkan vitamin C secara berperingkat dalam tempoh 5 jam selepas diambil. Ini dapat memastikan paras konsentrasi vitamin C yang optimum dalam darah sepanjang hari.

Harga RM 92.50 (180biji)
Cadangan pengambilan: 1 biji sehari.
–> 51 sen sehari!!!
Murah ke murah?????

Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

3 thoughts on “Vitamin C untuk ibu menyusukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s