Posted in BREASTFEEDING, OsteMatrix

KALSIUM UNTUK IBU MENYUSUKAN

Kalsium merupakan antara mineral penting untuk kesihatan tulang dan gigi.  Secara purata, ibu yang menyusukan kehilangan 3-5% jisim tulang sewaktu menyusukan. Namun, ia biasa akan kembali normal selepas 6-12 bulan selepas berhenti menyusukan (weaning off). Kesannya sama walaupun anda menyusukan lebih dari seorang bayi pada waktu yang sama (tandem nursing).

Kehilangan ini mungkin disebabkan oleh keperluan kalsium bayi yang meningkat seiring dengan usia bayi, atau mungkin juga disebabkan kadar hormon oestrogen yang rendah sewaktu menyusukan bayi. Oleh itu penting bagi ibu menyusukan mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang proses penyusuan berlangsung.

Keperluan kalsium ibu menyusu sebenarnya sama dengan orang dewasa lain iaitu 1000mg sehari. Kecuali bagi ibu yang berusia kurang 18 tahun memerlukan 1300mg kalsium sehari. Namun kajian menunjukkan pengambilan sehingga 2500mg kalsium setiap hari tidak menjejaskan kesihatan.

Kalsium boleh diperolehi melalui susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Namun bagi mereka yang kurang mengambil produk tenusu, anda juga boleh mengambil bijirin/biskut atau roti yang diperkaya dengan kalsium ataupun sayur-sayuran.

Antara makanan tinggi kalsium:

image

CARA MENAMBAHKAN KALSIUM DALAM DIET:
Sarapan : Susu + Bijirin
Makan tengah hari : sandwich dan keju
Minum petang: 1 cawan yogurt
Makan malam: 1 cawan susu
Minum malam: susu coklat  

Anda juga boleh mengambil kalsium supplement untuk menambahkan keperluan kalsium harian anda. Namun seeloknya pengambilan kalsium disertakan dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih sempurna.

Shaklee menawarkan OSTEMATRIX – antara kombinasi supplement kalsium yang lengkap di pasaran dengan kadar penyerapan 99%.

Ia juga mengandungi Magnesium, Zinc, Boron dan Vitamin D untuk penjagaan  kesihatan tulang yang lebih lengkap.

image

Kandungan dalam 4 biji Shaklee ostematrix.

Harga: RM 61 (120biji)
Cadangan pengambilan: 2-4 biji sehari.

Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s