Posted in BREASTFEEDING, Tips

TIPS PENYUSUAN: MENINGKATKAN SUSU IBU

“Arggghhhh susu kurang!! EBM tak cukup nak cover waktu kerja”

image

Memang menjadi masalah besar bagi ibu yang menyusu badan secara eksklusif. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu seperti pemakanan, emosi ibu dan lain-lain.

Antara langkah semulajadi yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekurangan susu ibu adalah:

1. Pastikan anda minum air yang cukup. Umumnya anda memerlukan sekitar 2L air sehari. Namun kadangkala adalah sukar untuk kita menyukat kuantiti air yang diambil. Jadi, satu cara untuk memastikan anda minum air yang cukup adalah dengan melihat warna urine/ air kencing anda. Jika anda minum air yang cukup, urine seharusnya tidak berwarna atau sedikit kekuningan. Urine yang berwarna kuning pekat, sedikit dan tidak kerap merupakan antara tanda dehidradsi.
Namun harus diingat sesetengah vitamin seperti B Complex, atau multivitamin atau sesetengah ubat boleh menyebabkan perubahan warna urine, jadi jangan terkeliru!

2. Pastikan anda menyusu dengan kerap. Ini memang tiada jalan mudah. Nak susu banyak, beri susu banyak. Demand = supply. Jika anda bersama bayi, berikan susu sekerap yang bayi anda mahukan. Jika tidak, perah susu setiap 2-3 jam sekali. Kadangkala dalam kepenatan kita rasa bayi kita seperti ingin menyusu sepanjang masa.
Sebenarnya perut bayi kita kecil, dan susu ibu senang di hadam. Kerana itu jumlah susu yang diperlukan adalah sedikit tetapi kerap. Kadangkala bayi menangis bukan sebab lapar tetapi mungkin sebab pampers basah, sakit perut, tak selesa, atau inginkan belaian dan perhatian. Jadi kena lah belajar bezakan tangisan bayi anda :).

Bagi ibu yang berminat untuk power pumping boleh klik sini.

3. Pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan anda mengambil nutrient yang diperlukan mengikut piramid makanan. Lebihkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.

Terdapat sesetengah makanan yang dipercayai dapat menambahkan susu ibu seperti buah longan, susu, betik, bayam, habbatussauda, alfalfa, dan lain-lain namun makanan ini secara amnya cuma membantu penghasilan susu ibu. Anda perlu menyusukan dengan kerap untuk meningkatkan supply susu anda.

Info lanjut untuk supplement membantu penyusuan Shaklee,  klik sini.

4. REHAT YANG CUKUP. Sepertinya agak mustahil, terutama jika anda mempunyai lebih dari seorang anak. Tapi sesungguhnya rehat yang cukup, minda yang sihat membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik. Ambil masa rehat anda. Beri peluang suami, mertua, ibu atau adik beradik anda menjaga bayi sementara anda berehat.

Rasa bersalah meninggalkan anak di hujung minggu? Ambil cuti pada hari bekerja ‘just because’. Hantar anak ke rumah pengasuh, dan hiburkan hati anda dengan ke spa, atau berjumpa kenalan wanita, atau berdating dengan suami! Anda dapat rehat yang anda perlukan, dan anda tidak ‘rugi’ waktu bersama anak.
WIN!!

Ingat, kegembiraan anda merupakan antara faktor kegembiraan keluarga anda.

Credit: Fb Kelab Penyusuan Susu Ibu Melaka

Feel free to like and share. Semoga bermanfaat.

Ieja Ibrahim
Ad-Dina Shop
016-6658245
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s