Posted in Alfalfa, BREASTFEEDING, TESTIMONI

TESTIMONI: ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hari ni nak share sikit pengalaman saya mengambil Alfalfa Complex Shaklee ni.

image

Sebenarnya saya ambil alfalfa ni tujuan asalnya untuk penyusuan. Ye lah sebab bila mengandung anak kedua, si cantik Iklil Irdina, saya memang berazam sungguh-sungguh untuk breastfeed at least 2 tahun. Masa Adam dapat setahun je.

Saya mula ambil alfalfa ni start hari ketiga pantang, ambil dengan supplement lainlah. Masa tu Dina memang ada kuning sikit, tapi saya teruskan juga ambil alfalfa. Dos yang saya ambil cuma 1-2 biji sehari. Biasanya 2 bijilah.

Alhamdulillah, susu memang banyak sangat, dan saya berjaya stock up susu yang banyak untuk persediaan bekerja. (Walaupun sebenarnya Dina tak suka EBM dan lebih suka direct feed..tapi tu cerita lain heheh). Memang saya bersyukur sangat dengan rezeki yang melimpah untuk Dina.

Selain daripada tu, kesan yang paling ketara adalah; keputihan dah tak ada!! Saya ni sebenarnya sejak sekolah lagi ada keputihan. Jadi memang sentiasa guna panty liner dan pad jugak lah bila time cik P datang menjengah. Sehingga dah kahwin dan beranak satu pun, masalah tu masih ada.

Cuma bila lepas tamat pantang Dina, saya perasan yang keputihan saya memang dah hilang. Alhamdulillah. Syiok woo tak payah beli panty liner dan tak risau bila time solat. Tambah pulak waktu menyusukan Dina saya ambil perancang Noriday, jadinya cik P pun tak datang menjengah sampailah usia Dina 15-16 bulan macam tu. Jimat duit saya tak payah beli pad dan panty liner. Heheheh.. boleh guna buat beli keperluan lain. Jimat jimat ;).

Tapi laa ni tengah pregnant, tak boleh ambil alfalfa. Datanglah balik problem lama. Tambahan pula dengan perubahan hormon waktu mengandung dan juga perubahan dalam rahim, menyebabkan wanita hamil lebih mudah dapat keputihan..

Tapi tak apa. In sha Allah bila baby dah keluar dan takde masalah apa-apa, bolehlah kita makan balik alfalfa tu ye dak? Rugi tak dapat makan alfalfa si raja tumbuhan. Kaya dengan kalsium dan pelbagai nutrient lain. Harga pun tak mahal. Botol kecil RM 53 (330biji) dan botol besar RM 97.50 (700biji). Murah je kan? Lama boleh tahan tu….

image

Psstt: Lelaki atau perempuan tak menyusukan pun boleh ambil alfalfa ni ye! Idak le bila ambil alfalfa boleh keluar susu ke…tak ye! Hehehhe

Apa kisah alfalfa anda? Jemput komen dan share dengan semua, in sha Allah 🙂
#shakleeeffect

Ieja Ibrahim
ijask@hotmail.com
016-6658245
FB: Ad-Dina Shop

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s