Posted in DIET, Mealshake, OBESITY, Omega Guard, Peadiatric

ADAKAH ANAK ANDA OBESE?

Sebenarnya masalah obesiti merupakan masalah yang kian menular dalam masyarakat kita. Menurut kajian, Malaysia mempunyai paling ramai rakyat yang obese di Asia Tenggara, dan sekitar 15% rakyat Malaysia adalah obese. Ini bukanlah data yang statik, malah makin meningkat dari hari ke hari.

Peningkatan kes obesiti di kalangan kanak-kanak juga semakin meningkat. Dianggarkan 1 dalam 5 orang kanak-kanak bersekolah di Malaysia adalah obese. Membimbangkan? Atau anda masih rasa tidak ada apa-apa?

image

Pic: google images

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi masalah ini, antaranya:

Gaya hidup masa kini
Kebanyakan ibu bapa kini bekerja dan tidak sempat untuk memenuhi keperluan makanan seimbang untuk diri sendiri dan keluarga. Apa tak nya, keluar rumah pukul 6pagi, balik pukul 7petang. Bila masa nak sediakan menu sihat untuk keluarga? Cara mudah, beli saja di luar. Pilihan cepat tentulah fast food seperti burger dan ayam goreng. Tambahan pula bila anak-anak memilih makanan dan cuma mahu makan makanan segera sahaja. Kebanyakan makanan segera ini mengandungi kolesterol yang tinggi, kurang zat dan tinggi garam, menyumbang kepada masalah obesiti.

Kurang aktiviti fizikal
Ibu bapa balik lewat, anak pula bersekolah dari pagi ke petang. Masa yang ada untuk beriadah cuma di hujung minggu. Itupun jika ada masanya untuk beriadah. Jika tidak, hujung minggu dihabiskan di rumah bermain permainan komputer atau menonton tv. Tambahan pula situasi keselamatan sekarang menghalang anak-anak dari lepas bebas bermain seperti dulu.

Jika dulu, jiran saling menjaga, sekarang ada yang jiran sebelah pun tak kenal. Tambah lagi dengan kes penculikan, jadi ibu bapa rasa lebih selamat anak bermain di dalam rumah daripada bergerak bebas di luar rumah.

image

Genetik
Faktor genetik turut memainkan peranan, meskipun tidak banyak. Kajian menunjukkan risiko obesiti meningkat sehingga 70% jika kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut obese. Sekiranya hanya ibu yang obese, risiko obesiti adalah sehingga 50%. Ini jauh bezanya bagi ibu bapa yang mempunyai berat normal, di mana risiko anak obese cuma 10%.

KENAPA PERLU RISAU?

Sebenarnya obesiti meningkatkan risiko terhadap pelbagai penyakit tidak berjangkit kronik seperti penyakit jantung koronari, diabetes jenis 2, arthritis, dan seterusnya membawa kepada kematian pramatang (early death).

image

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?

Sebagai ibu bapa, seharusnya kita lebih peka terhadap masalah obesiti di kalangan anak-anak kita. Mungkin ada segelintir antara kita yang rasa anak kita comel bila chubby, atau seronok bila tengok anak makan seperti kuantiti orang dewasa, namun seharusnya kita khuatir bila berat mereka melebihi tahap sepatutnya. Kasihankan tubuh kecil anak kita yang terpaksa berusaha lebih, dan implikasinya apabila mereka meningkat dewasa.

Berikut adalah jadual BMI (body mass index) untuk kanak-kanak.

image

Lupakan tentang penyakit yang kita mungkin tak nampak, kesan emosi pada anak-anak yang obese lebih mudah menjadi mangsa buli akibat rasa rendah diri. Ajukan kawan-kawan boleh mendatangkan kesan emosi jangka panjang pada kanak-kanak ini.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, antara langkah yang kita boleh lakukan untuk mencegah obesiti adalah:

Perkasakan diri kita dengan ilmu
Ambil tahu tentang obesiti, ambil tahu tentang piramid makanan dan pola pemakanan sihat. Kerana kesihatan anak anda BERMULA DARI RUMAH!!

Pilih makanan yang sihat
Gantikan jajan tanpa khasiat kepada snek yang lebih berkhasiat seperti kekacang, biskut atau kismis.

Kurangkan pengambilan air kotak dan minuman berkarbonat. Secara purata, setiap hidangan air kotak atau minuman berkarbonat (250ml/1 gelas) mengandungi sekitar 20-25g gula (4
-5 sudu kecil). Minuman berlabel ‘kurang gula’ biasanya mengandungi 10-15g gula (2-3 sudu kecil). Jadi kawal pemberian kandungan makanan bergula (kalori tinggi tanpa khasiat lain) ini kepada anak anda.

Beri anak anda susu ibu
Penyusuan susu ibu di peringkat awal kelahiran mempengaruhi pemakanan bayi, serta mengurangkan risiko obesiti di kemudian hari.

Pilih daging tanpa lemak
Buang lemak pada daging dan ayam serta kurangkan pengambilan sosej, burger, nugget atau daging proses yang lain. Ini kerana kebanyakan daging proses mengandungi kandungan lemat tepu yang tinggi.

Galakkan pengambilan sayuran, buah dan bijirin.
Sediakan hidangan sayuran setiap hari. Mungkin pada peringkat awal anak anda tidak mahu mengambil sayuran dan buah-buahan tetapi hidangkan pada mereka. Ini kerana keinginan anak biasanya berbeza-beza. Makanan yang mereka suka pada hari ini mungkin bukan lagi kegemaran mereka pada esok hari. Jadi, jangan putus asa! Pelbagaikan jenis sayur dan buah-buahan serta pelbagaikan menu dan presentation makanan anda.

Sediakan makanan secara sihat
Kurangkan makanan bergoreng/ berminyak, sebaliknya guna teknik bakar atau kukus.

Jangan paksa anak makan apabila mereka sudah kenyang
Biasanya bayi atau kanak-kanak tahu bila mereka sudah kenyang. Perhatikan ‘cue’ yang diberikan oleh bayi/anak anda. Jika mereka menolak untuk makan, kemungkinan besar mereka memang sudah kenyang. Jadi jangan paksa mereka habiskan makanan di pinggan.
Atau hidangkan kuantiti yang sedikit dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Sekiranya perlu mereka boleh menambah lagi. Makan kerap, tetapi pada kuantiti yang kecil.

Lebihkan minum air
Air membantu proses pencernaan. Galakkan mereka minum air kosong/suam supaya makanan dicerna dengan lebih baik dan lebih banyak zat dapat diserap oleh tubuh.

Galakkan aktiviti fizikal
Cuba beri masa untuk anak anda beriadah sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap hari. Tak kira lah apa pun aktivitinya, di dalam atau di luar rumah.

Skipping, bermain hula hoop, atau menari mungkin boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membawa anak anda ke taman permainan. Jangan lupa luangkan masa untuk ANDA BERSENAM. KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN 🙂

Kurangkan penggunaan gajet
Permainan video, tv dan sebagainya mengundang gaya hidup tidak sihat. Penggemar tv biasanya digelar ‘couch potato’. Bayangkan anak anda membesar seperti kentang yang bulat dan gemuk. Tak menarik bukan? Jangan jadikan mereka mangsa kecuaian anda. Cuba hadkan masa dengan gajet kurang dari 2 jam sehari.
Gajet bermaksud: tv, playstation, ipad smartphone dan lain-lain lagi.

Apapun, semuanya bermula dari kita, sebagai ibu dan bapa. Merubah kebiasaan memang bukan sesuatu yang mudah. Jadi cuba ubah sedikit demi sedikit dan istiqamah dengan perubahan yang kita lakukan.

Semoga bermanfaat.
Feel free to LIKE and SHARE.

Sumber: Malaysian Medical Gazette

Untuk supplement kesihatan anak anda, dapatkan:

Shaklee Mealshake (multivitamin). Promo terhebat beli 3 percuma 1 sepanjang SEPTEMBER-OKTOBER 2014.

image

Shaklee Omegaguard – minyak ikan ultratulen untuk bekalan DHA dan membantu pembakaran lemak dalam tubuh.

image

Hubungi saya:

Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com
Shaklee ID 887121.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s