Posted in Air Sedap, Ayam, DIET, FAMILY, Nasi, RECIPE

Nasi Planta

Assalamualaikum..
Heheh sorilah nak tulis entry resepi lagi. Sebenarnya dah lama tak masak, dok tapau lauk atau makan terus kat rumah mak. Hari ni En Hubby puasa dan ada orang nak datang rumah mesin rumput. Makanya, kena balik awal, jadi kenalah masak sekali.

En Hubby request nasi planta dan ayam goreng. Tapi, sebagai isteri mithali dan seorang doktor maka seharusnya saya mengehadkan pengambilan makanan berminyak di rumah.. ecehh.. ye lah kalau boleh, utamakan menu sihat lah kan. Kepimpinan melalui tauladan namanya 😉

Jadi menu hari ni;
Nasi Planta
Baked chicken 
Strawberry smoothies.

Tapi malangnya, gambor tak ada. Almaklum mula masak kol 620pm, kol 710pm hubby sampai, ada pulak budak merengek nak ‘cucu ibu’, tak sempat ibu nak plating cecantik (padahal makan dalam talam je.. ikut sunnah di samping merapatkan silaturrahim dan mengurangkan jumlah pinggan mangkuk yang perlu di basuh).

Mula-mula saya prepare bahan untuk baked chicken. Ni sebab baked chicken ambil masa nak masak, jadi buat dia dulu.

So bahan-bahan dia:
Ayam
Kentang
Lobak
Bawang besar
Bawang putih
Garam
Black pepper
Lemon
Rosemary dan basil (ni fresh tanam sendiri)
Oregano (dried beli kat kedai)
Cili hidup/ cili padi kalau nak pedas

Potong bahan-bahan ikut suka. Gaul rata dalam baking dish. Splash olive oil. Masuk dalam oven yang dah dipanaskan. Suhu 180 – 200C.

Tunggu 30-40 minit sampai ayam masak..

Pastu buat nasi pulak.

Bahan- bahan
Beras
Planta/marjerin
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah tumis – bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis.
Garam

Tumis semua benda dengan marjerin. Masukkan beras. Masukkan air. Masak cam biasa. Saya tumis dalam periuk nasi lepas tu transfer masuk rice cooker. Lepas masak, gaul lagi dengan sikit marjerin supaya warna lebih kuning dan menggiurkan.

image

Gambar: google image

Pastu untuk smoothies;

Ais
Susu
Yogurt plain/perisa strawberry
Mealshake Shaklee
Madu
Strawberry

Blend sampai hancur. Kalau tawar boleh tambah gula/madu sesedap rasa.

Siap!! Menu express..hendak seribu daya katanya. Makan dengan kicap + kuah dari ayam tu pun da sedap dah. Ala-ala sup pedas.

Konon nak potong salad, tapi tak sempat. Lain kali lah. Yang penting budak-budak dan bapak budak suka..hehehhe

Alhamdulillah kenyang.

Ampun maaf resepi takde sukatan, sebab semua main agak dan ikut suka campak-campak. Bak kata Chef Ammar, nak pedas, tambah cili. Suka-suka hati you lah! Hahahha

Resepi asal dari encik google, adaptasi dengan bahan yang ada kat rumah. 🙂

———————♡♡♡♡♡♡♡♡

Untuk anda yang nak beli produk Shaklee, suka saya nak ingatkan, PROMO BULAN INI ADALAH SHAKLEE COLLAGEN POWDER  (BELI 6 FREE 1) DAN MEALSHAKE (BELI 3 FREE 1).

COD AREA MELAKA, POSTAGE SEMALAYA..

UNTUK KONSULTASI/PEMBELIAN, HUBUNGI SAYA:

Ieja Ibrahim .
016-6658245
ijask@hotmail.com
Fb: Ad-Dina Shop

Jazakallahukhairan

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s