Posted in BREASTFEEDING, SHARING

MILK BOOSTER, PERLUKAH?

Wee… topik kontroversi. Dan jawapannya bergantung kepada SIAPA ANDA BERTANYA. Macam semua benda dalam hidup ni, jawapannya ada pada anda, cuma cara orang yang menjawab dan kepercayaan anda kepada orang yang menjawab akan mempengaruhi keputusan anda.

Kenapa saya kata macam tu, sebab kalau anda tanya saya, saya akan kata ia sangat membantu. TAPI kalau anda tanya orang yang berjaya menyusukan anak sampai 4-5-6 orang tanpa milk booster dia akan kata: tak payah. Atau kalau anda tanya orang yang tak terkesan dengan milk booster, dia pun akan kata tak payah.

Jenis milk booster pun bergantung pada orang. Ikut kesesuaian maising-masing. Macam kalau anda tanya orang yang tak makan durian (macam saya), sedap ke durian? Mesti saya kata : entah, tak sedap pun. Atau saya kata: biasa je. Kalau anda tanya hantu durian, mesti dia kata: ‘sedap woooo…. rugi tak makan..’ dan saya akan balas.. ‘hidup je, tak rugi pun, jimat duit lagi ada’. Contohlah..

Heheh merapu sudah..

Jadi, saya kena ambil milk booster ke tak?

Sebelum saya jawab persoalan anda, anda kena jawab soalan-soalan ni dulu:

1. Berapa umur bayi anda, dan adakah bayi anda sudah memulakan makanan tambahan selain susu ibu?

Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan sudah mulakan makanan tambahan, boleh jadi pengurangan susu di sebabkan kekurangan hormon prolaktin. Jadi jangan khuatir, teruskan mengepam dan direct feed bayi anda. Makan makanan seimbang. Minum air yang cukup, maintain demand supply.

2. Adakah anda direct feed/ mengepam 2-3 jam sekali?

Konsep demand-supply. Kalau anda tak buat, makanlah milk booster dari langit ketujuh pun memang takkan berkesan.

3. Adakah anda minum air yang cukup?

Kurang air menyebabkan dehidrasi. Bila berlaku dehidrasi, kencing akan berkurangan, anda akan letih dan pening kepala kerana oksigen tidak mencukupi. Penat dan letih –> stres pada badan. Bila stress, hormon gembira berkurang, susu pun kurang. Jadi, pastikan anda mengambil air 2-3 L sehari (atau warna urin jernih kekuningan bukan pekat).

4. Adakah anda makan makanan yang seimbang?

Sempat ambil 5 hidangan buah dan sayuran yang pelbagai setiap hari? Atau anda makan ikut suka? Makanan mempengaruhi tahap kesihatan anda. So, cek balik sama ada anda mendapat zat yang cukup dari pemakanan anda.

Psstt: MAKAN BANYAK BUKAN BERMAKNA ANDA CUKUP ZAT, ITU MUNGKIN PETANDA ANDA BAKAL GEMUK.

5. Adakah anda stress?

Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan emosi ibu. Kalau anda happy susu pun banyak. Kalau anda stress, susu pun kurang. Bayangkan anda penat, susu kurang, bila tengok hasil perahan, lagi stress, lagi kurang. Dan ia akan jadi vicious circle, membawa kepada kemeruduman susu.

Haa laa sudah.. kalau ikut jawapan tu.. macam tak payah la beli milk booster ni, ye tak? Buang duit buang tenaga je.. dah yang kau jual set penyusuan Shaklee tu buat apa Jahhhh…

Set penyusuan Shaklee untuk kesihatan ibu-ibu ye! Bukan untuk tambah susu. Ya, saya tak nafikan ALFALFA bersifat galactagogue dan boleh meningkatkan produksi susu seperti juga susu, soya, habbatussauda, halba, coklat susu, oats, barli dan lain-lain lagi. TETAPI jika anda makan alfalfa je, tapi tak perah dan menyusukan, takdelah keluar susunya. Contoh macam kalau anda beli buku lah kan. Orang kata, kalau beli buku ni bagus.. nanti anak pandai baca. Anda pun beli.. TAPI, anda bagi je kat anak anda. Tak ajar pun dia. Tak baca pun kat dia. Tak le secara magiknya anak anda jadi pandai. Betul tak?

Supplement Shaklee sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, tak sempat nak makan makanan seimbang. Selalu penat, selalu beli kat luar, tak sempat nak masak. Untuk penuhi lompong-lompong nutrisi kita. Bila cukup zat, badan lebih sihat. Bila sihat, lebih bertenaga. Baru boleh jadi supermak nak jaga suami anak mak ayah adik kakak pekerja dan lain-lain. Bila sihat, hati senang dan gumbira. Barulah best je susu nak keluar. Kalau penat, stress, susu pun malu-malu nak keluar.

So, don’t worry, be happy. Tak salah mintak pendapat, tapi akhirnya kita yang menentukan kita perlu atau tak, nak ke nak? Tepuk hati, tanya iman..

Psst: Doa jangan lupa, sebab apa pun, rezeki Allah yang tentukan untuk makhluknya. Banyak atau sikit, cepat atau lambat. Yang penting, jangan pernah mengalah, dan jangan lupa berdoa dan bertawakal.

Salam sayang,
Ieja Ibrahim.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “MILK BOOSTER, PERLUKAH?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s