Posted in Ad-Dina Team, PERSONAL, s2u Families, SHAKLEE, Shaklee Effects

Kenapa saya terjebak dengan Shaklee

Assalamualaikum..
Salam hari Ahad..

Hari ni nak share kisah saya. Masa pergi family day s2u kat Eagle Ranch minggu lepas, saya berborak dengan seorang family s2u. Akak tu suri rumah, anak dah teenagers dah. Sebelum ni tak pandai sangat guna internet, sekarang dah ada blog pun.. hebatnya penangan Shaklee..hehe

Sembang-sembang dia tanya saya kerja apa? Bila dia tau saya doktor, dia tanya, kenapa buat Shaklee lagi?

Kenapa ek?

Ye lah, kalau nak ikutkan gaji saya, cukup dah buat belanja diri sendiri. Dengan gaji suami lagi, duduk pun kat Melaka. Bukannya nak kena belanja banyak-banyak sangat. Kira boleh kata cukup mewah dah untuk sara diri dan keluarga. Tak payah nak buat side income dah.

Tetapi ada sesuatu dalam family Jutawan dan s2u yang memanggil-manggil saya untuk join berniaga. Padahal, kalau nak ikutkan saya ni takde bakat pun nak berniaga. Malu lagi ada. Hahaha. Online boleh lah..offline? Hehehehhe hubby lagi pandai buat offline..

Memang, niat asal saya sebab nak tambahkan income. Ye la kalau dulu setahun boleh pergi vacation 2-3 kali, sekarang dapat pergi 4-5 kali, apa salahnya, kan?

Tetapi sebenarnya saya lebih tertarik dengan pendekatan nanny Cery dan Ummie Iffah yang sangat-sangat mementingkan kerohanian.  Ye lah, macam sedekah contohnya, memanglah kita tau sedekah tu bagus, kan, tapi tak lah fikir nak sedekah seminggu sekali atau hari-hari, kan?

Amalan dhuha dan zikir tu. Memang sebelum ni tau bagus, tapi tak nampak kepentingannya. Amalan menjemput rezeki. Walaupun mungkin ada hari yang saya takde sales, tapi bila buat semua-semua tu, sekurang-kurangnya saya dapat pahala, kan?

Of course, kerana Shaklee produk yang bagus dan berkesan untuk saya dan suami membuatkan saya tak teragak-agak nak mempromosikan Shaklee. Cuma ye lah, nak rekomen kat patient tu susahlah. Nanti kena komplen pulak cakap doktor jual ubat. Hehehehe..

Kalau nak ikutkan..tak senang nak berjaya dalam Shaklee, kalau tak betul-betul memang ada rasa nak give up. Ye lah, ingat senang ke nak belajar pasal produk, marketing, nak tepis serangan-serangan dari pelbagai arah. TAPI, sebab ukhuwah yang terjalin dalam family baru saya ni, saya rasa saayang dan rugi sangat kalau saya lepaskan. Walaupun lebih separuh saya kenal di alam maya, tapi ikatan hati tu macam dah lama sangat kenal. Sayanglah nak lepaskan orang yang beri influence baik pada kita, kan? Ye lah, kita ni tak bagus mana, kalau dapat kawan dengan orang yang bagus dan positif, dan saling mengingatkan rugiiii kalau lepaskan :))

Itu, cerita saya. Anda? Bila lagi nak join keluarga Shaklee kami?
Kedatangan anda sentiasa kami alu-alukan.

image

Hubungi saya:
Ieja Ibrahim
016-6658245
ijask@hotmail.com

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s