Simphysis Pubis Diathesis

image

Pernah belajar, tapi tak ingat tentang condition ni. Basically maksudnya ketidakstabilan tulang punggung pada wanita hamil. Ini disebabkan penghasilan hormon relaxin yang terlalu awal. Hormon relaxin ini perlu untuk meregangkan ligament pada tulang pelvic untuk memudahkan kelahiran, tetapi pada sesetengah orang, hormon ni keluar lebih awal.

Simptomnya? Allah aje yang tahu. Bila terasa tulang pinggul (hip joint) bergesel tengah malam waktu nak pusing kiri dan kanan.

Bila sakit di bahagian tulang pubic di awal pagi sampai nak angkat kaki berjalan pun terasa nak nangis.

Tu simptom utama yang saya alami sendiri. Yang lainnya seperti kesukaran berjalan akibat sakit, dan sakit di bahagian ari-ari. Pada sesetengah wanita, ia turut menyebabkan kencing tak lawas, atau tak dapat dikawal. (Tetapi ini sangat jarang berlaku).

Ubatnya? Hanyalah ubat tahan sakit (untuk ibu hamil, ini bermakna paracetamol 90% of the time), rehat yang cukup, kurangkan pergerakan (agak sukar bila ada seorang preschooler dan seorang toddler bersama), dan kesabaran yang tinggi. Physiotherapy, cold compress mungkin membantu.

Heheh.. cam drama pulak rasa entry ni. Nope, bukan saya nak meminta belas ihsan, TETAPI, saya cuma nak tekankan keadaan ini memang sakit dan agak menduga kesabaran sebagai ibu hamil.

Apa pun, bersyukur atas nikmat sakit itu. Dan semoga terhapus dosa-dosa kecil dengannya :).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s