Posted in Parenting

Me and my kids – Part 1

Adam budak baik. Tapi kalau dia marah memang akan selalu keluar perkataan-perkataan yang menyakitkan hati. Sampai kita pun boleh naik marah sekali. Dan marah dia pun akan jadi berganda-ganda.

Selalunya saya ambil tindakan diam dan biar je sampai dia bertenang.

Antara benda yang dia selalu cakap:
‘Kita tak nak kawan ….., kita nak bunuh ….’

Kelmarin lepas dia cakap macam tu, tiba-tiba terlintas nak tanya:

‘Adam suka cakap nak bunuh ibu, adam tau ke bunuh tu apa?

Takk.. (dgn nada marah)

Bunuh tu maksudnya kita buat sampai orang tu mati. Kena tanam, masuk dalam kubur macam atuk. Adam nak ke ibu mati, adik mati, papa mati. Tinggalkan Adam duduk sorang-sorang.

…..Diam

Dan 2 hari ni bila dia marah, dia cuma kata ‘kita tak nak kawan papa/adik/ibu. Kita kawan … je’.

Allah.. sebenarnya dia tak faham pun apa dia kata. Tapi sebab dia tengah marah dan dia tahu kita tak suka dengar perkataan tu, jadi dia sebut sebagai tanda protes. Dan saya, jadi marah 2 x ganda, marah dia lagi, tanpa sedar yang sebenarnya dia tak faham.

Kesian dia. Mujur Allah gerakkan hati nak tanya. Kalau tak sampai bila ntah ibu tak sedar.

Kadang-kadang bila anak petah bercakap, dia tiru dan ikut apa yang kita kata/ apa yang dia dengar orang cakap tanpa faham maknanya. Dan kita pulak, ingat dia faham, sebab tu dia sebut. Allah.. terima kasih atas ingatan.

Dia anak yang bijak dan sensitif. Mungkin sebab abang sulung. Bijak sampai kadang-kadang saya lupa yang dia baru 4 tahun, bukan 10, bukan 20 tahun. Tak matang lagi. Ada lagi 14 tahun sebelum dikira matang. Dan saya yang dah lebih 14tahun melepasi usia matang ni pula yang tak dapat kawal emosi. Allah.

Reminder: lepas ni harus cek untuk setiap perkataan baru tu dia tau ke tak makna sebenar. Terutama ‘bad words’.
Dan semoga tak terjadi pada adik-adik dia yang lain.

image

Ieja Ibrahim.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s