Posted in Alfalfa, B Complex, BREASTFEEDING, ESP, OsteMatrix, Vita C, Vitalea

Relaktasi

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis kat sini. Heheh.. Nak cerita tentang delivery ke-3, tapi tunggu dululah. Kita cerita tentang relaktasi hari ni.

Sedikit info yang saya dapat dari buku What to expect: The first year. Harapnya bermanfaat untuk semua :).

Relaktasi bermaksud proses penyusuan susu ibu sepenuhnya selepas beberapa lama bayi diberi susu formula, atau kombinasi susu formula dan susu ibu.

Ia merupakan satu proses yang mencabar dan memakan masa, namun, jika dilakukan dengan cara yang betul, in sha Allah berjaya.

Antara tips yang anda boleh gunapakai:
1. KOSONGKAN PAYUDARA
Ini kerana stimulasi yang kerap dan konsisten penting untuk penghasilan susu ibu. Konsep; demand – supply. Tinggi demand, tinggi supply. Anda perlu mengosongkan payudara sekurang-kurang 2-3 jam sekali, sama ada secara pam, atau direct feeding.

2. HABISKAN DENGAN MENGEPAM
Habiskan setiap sesi menyusu dengan 5-10 minit sesi mengepam bagi memastikan payudara kosong sepenuhnya dan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Anda boleh gunakan susu perahan untuk disimpan atau diberi menggunakan botok sebagai ganti formula.

3. KURANGKAN PENGGUNAAN FORMULA SECARA BERPERINGKAT
Jangan terus menghentikan formula bayi anda, sebaliknya hentikan secara berperingkat. Berikan bayi susu ibu dahulu, kemudian baru berikan formula. Jika perlu, rekodkan formula yang diberi. Secara berperingkat anda akan dapati bayi anda mengambil kurang formula apabila penghasilan susu ibu anda semakin meningkat.

4. PENGGUNAAN SUPPLEMENTER
Penggunaan supplemental nursing system mungkin membantu proses relaktasi menjadi lebih mudah.

5. KIRA LAMPIN BASAH.
Kira lampin basah bayi anda bagi memastikan bayi mendapat susu yang cukup sepanjang hari. Dapatkan nasihat doktor, dan timbang bayi lebih kerap sewaktu proses pertukaran dari formula –> susu ibu..

6. CUBA UBAT ATAU SUPPLEMENT
Terdapat beberapa herba atau ubat yang membantu meningkatkan produksi susu. Anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang pengambilan ubat/herba yang sesuai.

7. SUPPORT
Dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat, suami, ibu, kaunselor laktasi dan rakan-rakan. Serta sabar!  Relaktasi mengambil masa dan tenaga. Jadi bersabar dan berdoalah, semoga perjuangan di berkati dan dipermudahkan Allah. Usaha, selebihnya bertawakal pada yang Maha Kuasa.

image

Ieja Ibrahim
016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s