Posted in DIET, SET SUPPLEMENT

Makanan berpantang

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila bercakap tentang menu berpantang, pastinya ia berbeza mengikut negeri dan kepercayaan masing-masing. Saya bukanlah seorang yang arif tentang apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Saya terjumpa list panjang tentang makanan yang boleh dan tak boleh dimakan sewaktu pantang, dan saya makan sebahagian makanan yang ada di bahagian ‘tidak boleh makan’. So ye, saya bukan expert di situ.

Cuma di sini saya ingin kongsikan tentang kandungan nutrisi yang diperlukan bagi ibu berpantang bagi memastikan ibu kembali sihat dan luka yang dialami cepat sembuh.

Antara nutrisi utama yang diperlukan:

1. KALORI

Secara umum, wanita memerlukan sekitar 1800 kalori sehari. Tambahan 400-500 kalori jika anda menyusukan bayi. Jika anda menyusukan bayi kembar, tambahkan 500kalori lagi.
Walaupun anda tidak menyusukan bayi jangan kurangkan pengambilan kalori secara drastik. Seeloknya sebarang program diet dimulakan 6 minggu selepas kelahiran.

2. PROTEIN

3 hidangan protein sehari jika anda menyusukan, 2 hidangan jika tidak menyusukan. Tambah satu hidangan lagi jika anda menyusukan anak kembar.

1 hidangan = 2.5 – 3 gelas susu
2 biji telur + 2 biji putih telur
5 biji putih telur
3-3.5 oz ikan, daging atau ayam

3. VITAMIN C

2 Hidangan untuk ibu menyusu, 1 jika tidak.
1 hidangan =
1/2 cawan strawberry
1 biji oren
1/2 biji mangga, betik atau jambu batu
3/4 cawan bayam (dimasak)

4. SAYURAN HIJAU DAN BUAH-BUAHAN KUNING

3 hidangan sehari

1 hidangan =
2 apricot kering/segar
1 biji peach
1/2 batang lobak
1/2 cawan sayur hijau (dimasak)

5. KALSIUM

5 hidangan sehari

1 hidangan =
1 cawan susu
6-8oz yogurt

Kekurangan kalsium untuk ibu menyusu biasanya tidak menjejaskan kualiti susu ibu, namun ia boleh menyebabkan ibu menghidap osteoporosis pada masa depan.

6. SAYUR DAN BUAH-BUAHAN LAIN

2 hidangan atau lebih.
1 hidangan =
1 biji epal/pisang/pear
2/3 cawan cherry
1 biji kentang
1 cawan cendawan

7. BIJIRIN PENUH

6 hidangan sehari
1 hidangan =
1/2 cawan nasi
Sekeping roti
Sekeping roti pita
1 oz pasta

8. MAKANAN KAYA ZAT BESI

1 Hidangan sehari
Zat besi terkandung dalam daging, sardin, soya, bayam dan sayuran hijau.

9. SEDIKIT LEMAK DAN SEDIKIT GARAM

10. AIR
8 cawan sehari (sekurang-kurangnya). Lebih jika anda menyusukan bayi, cuaca panas, anda demam.

11. SUPPLEMENTS

Pengambilan supplement penting bagi memenuhi kelompongan nutrisi terutama jika anda tidak dapat makan makanan berkhasiat seperti yang anda mahukan lantaran kesibukan masa dan sebagainya.

Seeloknya pengambilan vitamin diteruskan sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin.

image

sumber: what to expect the first year

Ieja
016-6658245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

One thought on “Makanan berpantang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s