Posted in CONFINEMENT

Penjagaan selepas bersalin C-section.

Assalamualaikum..

Semalam menggoogle info tentang penjagaan post-partum untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Almaklum, walaupun bekerja sebagai doktor dan dah 3 kali menjalani pembedahan, masih ada perkara yang saya tak pasti. Terutama bila ada pertembungan antara adat resam dan perubatan, jadi kena lah belajar untuk tambah ilmu pengetahuan kann.

Nanti hari lain kita cerita pasal kenapa ada sesetengah ibu memerlukan  Caeserean section, tapi hari ni kita cerita tentang post-op care dulu lah. Supaya luka pembedahan cepat sembuh dan kita boleh kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Secara umum, luka pembedahan mengambil masa 6-8minggu untuk sembuh. Namun ini bergantung pada individu; jadi ada yang ambil masa lebih cepat dan ada yang lebih lama. Ada sesetengah (macam saya) yang merasa ketegangan otot di sekitar kawasan pembedahan sehingga 6 bulan selepas pembedahan terutama apabila banyak berjalan atau melakukan kerja berat.

Jadi apa yang anda harus lakukan selepas pembedahan?

1. Mula bangun dari katil seeloknya dalam masa 24jam selepas pembedahan. Lebih cepat anda cuba duduk dan turun dari katil, lebih baik keran ia mengurangkan komplikasi selepas pembedahan. Namun, ia bergantung pada anda.. Sekiranya anda menerima bius penuh (general anaesthesia), anda mungkin akan merasa sedikit pening atau mabuk kesan daripada ubat bius dan ubat tahan sakit. Jangan paksa diri. Jika anda menerima bius separuh badan (spinal anaesthesia pula), anda boleh mula bergerak apabila kebas pada bahagian kaki anda hilang dan anda sudah boleh menggerakkan kaki anda.

Panggil jururawat bertugas dan minta bantuan mereka untuk bangun dari katil.

2. Biasanya selepas tiub kencing dicabut akan terdapat ketidakselesaan sewaktu membuang air kecil. Jangan panik. Namun beritahu doktor jika anda berasa sakit sewaktu kencing atau kencing berdarah.

3. Sebarang aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam perut seperti ketawa, batuk, bersin dan muntah akan menyebabkan perut dan otot anda sakit. Jadi siap sedia dengan bantal kecil untuk menampung perut anda. Anda juga boleh menggunakan girdle/bengkung moden/zap on untuk membantu mengurangkan tekanan dalam perut. Tapi janganlah lekat ketat sangat. Asalkan anda selesa dan tidak sakit.

Biasanya anda akan dibenarkan balik ke rumah selepas 48jam di hospital.

4. Dapatkan bantuan untuk menguruskan rumah tangga. Anda memerlukan rehat yang cukup untuk pulih tanpa dibebani dengan kerja-kerja rumah.

5. Makan makanan yang seimbang dan sihat. Ambil supplement jika perlu. Pemakanan seimbang penting untuk membantu mempercepat proses pemulihan luka.

6. Bangun dan berjalan. Anda perlu bergerak untuk melancarkan pergerakan usus, dan mempercepatkan pemulihan luka. Tetapi JANGAN berlebihan. Elakkan menaiki tangga dengan kerap.

7. Anda boleh mandi dan mencuci luka dengan sabun, tapi pastikan ia dibilas bersih dan ditekap dengan tuala untuk mengeringkan kawasan tersebut. Jangan biarkan kawasan luka basah dengan peluh atau air kerana ia menggalakkan perkembangan bakteria.
8. Elakkan mengangkat barang berat. Secara umum, anda tidak boleh mengangkat barang lebih berat daripada bayi anda.

9. Elakkan memandu atau melakukan aktiviti lasak sehingga 6 minggu selepas pembedahan. Sesetengah aktiviti masih menyebabkan anda merasa sakit walaupun 6 bulan selepas pembedahan. Jadi, take it easy, dan jangan paksa diri anda.

10. Kenali:

TANDA JANGKITAN PADA LUKA:

– Demam
– merah dan sakit pada luka
– keluar nanah, jahitan terbuka
– kencing berdarah
– darah nifas banyak dan berketul-ketul walaupun sudah lebih 4 hari selepas pembedahan.
– cairan dari vagina berbau busuk/gatal
– sakit perut yang teramat sangat.

Itu antara penjagaan umum selepas menjalani pembedahan cesarean.

Semoga manfaat. 🙂

Ieja
016-66528245

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s