Posted in Parenting

TIPS : SHOPPING BARANG BABY

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim

Kita sembang tajuk menarik bagi wanita terutama ibu-ibu yang menunggu kelahiran pertama (kalau kedua ketiga biasa keterujaan boleh dikawal hahaha) —-> SHOPPING!!

Rambang mata kann nak pilih baju dan barang baby, dan belanjanya jugak teramatlahh besar. Jadi kena pandai bezakan keperluan dan kehendak.

Sebagai asasnya, anda boleh tengok entry ini sebagai panduan tentang apa yang anda perlu/ mungkin perlukan. (Keperluan tak sama, so barang yang dianggap penting bagi satu ibu, mungkin tak penting bagi yang lain vice versa).

Antara tips penjimatan yang anda boleh lakukan sewaktu membeli belah:

1. Beli barang secara berperingkat supaya tak terasa beban kewangan. Ye lah.. kalau nak beli semua sekali gus, pengsan mak!!

2. Ambil kira berapa hari sekali anda akan basuh baju bayi. Kalau basuh tiap-tiap hari, tak perlu beli banyak, kalau basuh 1-2 kali seminggu kena lah beli baju lebih sikit.

3. Terima ‘hands-me-down’ dengan hati terbuka. In fact, anda patut tanya jika ada rakan-rakan yang nak beri/jual baju bayi preloved dengan harga murah. Sebab bayi biasanya cepat besar, jadi ada baju yang mungkin pakai 2-3 kali atau tak sempat pakai pun.

4. Sekiranya ada ahli keluarga yang bertanya apa yang anda perlukan, jangan segan untuk beritahu. Lebih baik anda mendapat barang keperluan yang digunakan daripada anda diberi sesuatu yang anda tak perlukan langsung.

5. Barang-barang yang anda boleh beli kemudian, (kerusi, permainan dll yang diperlukan oleh bayi lebih besar) kemudian. Tak perlu beli semuanya sekarang.

6. Beli baju 6-9 bulan, atau 6-12bulan. Baju-baju ini boleh dipakai lebih lama, berbanding saiz newborn atau 0-3 bulan yang mungkin akan sempit seawal usia bayi 1 bulan (terutama jika bayi anda lahir dengan berat lebih 3kg).

7. Fikirkan keselesaan dan keselamatan, bukan fashion. Jadi cari baju yang mudah disalin, dan selesa untuk bayi anda.

8. Sekiranya tak pasti tentang jantina bayi anda, cari warna-warna neutral yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.

9. Saya selalu membuka terus pakaian yang diberi sebagai hadiah. Cuci dan pakai. Kerana, jika anda menyimpan baju tersebut, bayi anda mungkin tak sempat nak memakainya sebab dah tak muat!

10. Toiletteries – saya beli yang basic : mandian top to toe, lotion, wet tissue, minyak telon. Biasanya akan ada yang bagi set mandian, so tak perlu beli banyak. (Saya masih ada bedak yang diberi waktu bersalinkan adam, 4 tahun dulu! Hahaha)

11. Katil bayi –> mungkin perlu, mungkin tidak. Saya tak kisah tidur bersama bayi, terutama bila menyusukan. Jimat masa dan tenaga untuk bangun ambil bayi, menyusukan dan letak balik dalam katil dia. So, saya tak memerlukan katil bayi 🙂

Hmm tu je kot setakat ni..

Apa langkah penjimatan anda? Kongsikan di sini.

Semoga bermanfaat 🙂

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s