Posted in DIET, HEALTH TIPS, PREGNANCY

MENGATASI MENGIDAM

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

image

Hari ni tengok cerita Dilema Wanita kat Oasis. Isteri mengidam nak makan putik sukun yang suami petik sendiri.. sudahnya, suami meninggal sebab jatuh dari pokok sukun.

Sedih? Memang sedih.. tak dinafikan ada sesetengah wanita yang mengidam macam-macam, tengah-tengah malam pun ada, nak benda pelik-pelik pun ada. Dan biasanya, suami atau keluarga akan cuba penuhi, sebab tak nak anak kempunan katanya. Tanda sayang…

Kalau dapat suami yang rajin melayan, sayang bini, memang Alhamdulillah. Tengah-tengah malam sanggup keluar pegi cari air longan kat petaling street (ni dalam cerita tu lah), balik kol 3pagi, bini dah tdo, tak nak bangun pun sebab dah selamat telan 2 tin air longan kat rumah. Tak ke kesian laki tu esok nak gi keja lagi.. haishhh..  tu yang sayang bini. Dapat yang panas baran macam ni:

image

Naya kat bayi yang dikandung..

Salah ke mengidam?

Memanglah tak salah.. selagi benda tu halal di makan, tak salah, tapi kena lah ambil kira kesenangan suami, waktu dia.. dan bawak-bawaklah belajar bersabar. Kalau kita mengandung tak reti nak sabar, takut nanti anak tu keluar pun tak reti nak sabar, sebab perwatakan ibu waktu mengandung, sedikit sebanyak beri kesan pada personaliti anak. Sebab tu ibu disuruh buat yang baik-baik dan fikir yang baik-baik.

Jadi macam mana nak menangani masalah mengidam ni?

Antara tips yang dikongsikan oleh DMFK tadi adalah ibu kena mendekatkan diri dengan Allah.
Banyakkan zikir, istighfar, banyakkan mengaji. Bila kita dekat dengan Allah secara tak langsung, emosi kita terkawal.

Jika pun kita teringin sangat nak makan sesuatu, kita boleh kawal emosi, dan bersabar, berdoa semoga hajat kita tercapai. Jadi takdelah kita tergamak nak paksa cik abang keluar tengah-tengah malam buta nak penuhi hajat kita yang sebenarnya boleh je nak tunggu esok.

Kadang-kadang beria mengidam, bila benda dah depan mata makan sesudu je. Tak nak pun sebenarnya.

Sebab lain kita mengidam adalah kerana kekurangan zat. Kekurangan sesetengah zat makanan menyebabkan kita teringin untuk makan sesetengah jenis makanan.

Sebagai contoh:

image

Jadi, pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk mengurangkan perasaan mengidam tu. Kalau rasa-rasa memang jarang makan sayur, atau selalu makan makanan segera, ambil lah supplements untuk ibu hamil. Supaya zat anda cukup untum anda, bayi, dan tak lah mengidam benda pelik-pelik!!

Enjoy your pregnancy!!
Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s