Posted in PRODUCTS

SENDAWA aka BURPING

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah diberi ilham bersiaran pagi ni. Kita cerita pasal sendawa, atau burping untuk bayi baru lahir. Lantaran kes anak tersedak susu semalam kan.

Saya pasti ada ibu yang menghadapi masalah untuk buat bayi sendawa. Terutama first time mothers, atau pun ibu kali ke-3, macam saya. Heheheh. Sebab kadang-kadang dah buat macam-macam posisi dah tapi bayi masih tak nak sendawa.

Tapi sebelum tu, kena tau gak. KENAPA kena sendawakan baby?

Sebenarnya, sewaktu bayi menyusu (terutama jika menggunakan botol), selain susu bayi juga menelan udara. Udara ini akan terkumpul di atas perut membuatkan bayi berasa tak selesa, dan kenyang sebelum waktunya. Sebab tu kita kena sendawakan bayi.

PERLUKAH bayi disendawakan setiap kali selepas menyusu?

Sebenarnya ia bergantung pada bayi itu sendiri. Ada sesetengah bayi yang kerap sendawa, ada yang tidak. Bayi yang menghisap susu menggunakan botol, biasanya perlu disendawakan lebih kerap berbanding bayi yang menyusu badan.

Seeloknya sendawakan bayi apabila menukar payudara, atau pun setelah bayi menyusu dalam 2-3oz susu botol. Kadangkala bayi tidak sendawa walaupun anda cuba pelbagai posisi. Jangan risau kerana mungkin bayi anda tak perlu sendawa pada ketika itu. Seeloknya cuba sendawakan bayi pada satu-satu posisi selama beberapa minit sebelum bertukar posisi.

BILAKAH waktu yang sesuai menyusukan bayi?

Apabila bayi meragam, atau menunjukkan tanda tidak selesa, atau berhenti menyusu dan menangis. Cuba sendawakan bayi anda. Namun, jika bayi anda nampak selesa atau tertidur lepas menyusu, tidak mengapa jika anda tidak sendawakan bayi anda.

Biasanya sendawa akan diiringi sedikit lebihan susu. Ini dikira normal dan bukan muntah. Jadi anda tidak perlu risau. Lebihan susu ini biasanya sedikit kuantitinya dalam 1-2 sudu kecil sahaja.

POSISI UNTUK BURPING

Terdapat 3 posisi utama (sebelum tu, jangan lupa alas dengan tuala atau burp cloth untuk mengelak terkena muntah):

image

1. Di bahu anda

Letak bayi di bahu, dengan dagu bayi di atas bahu anda. Tepuk perlahan belakang bayi.

2. Duduk

Dudukkan bayi dia atas pangku dengan badan bayi sedikit ke depan. Satu tangan menyokong leher dan dada bayi dan satu tangan lagi menepuk perlahan belakang bayi.

3. Meniarap

Tiarapkan bayi di atas pangku anda dan tepuk perlahan belakang bayi. Teknik ini juga sesuai untuk mengurangkan colic.

Semoga bermanfaat!

Dr Ieja.

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “SENDAWA aka BURPING

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s