Posted in FAMILY, RANDOM

KERJA RUMAH UNTUK ANAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Ni perbualan saya dengan Adam beberapa minggu lalu, sebaik cuti sekolah bermula:

M: Adam, nanti bila ibu dah sihat, kita balik rumah kita dgn adik baby, Adam kena tolong ibu buat kerja rumah, tau!

A: Ibu, kita mana ada kerja rumah, teacher kita tak bagi pun kerja rumah.

M: hahahah tu kerja sekolah, ni kerja rumah, sapu sampah, buang sampah, cuci tandas, boleh??

A: oooo…

Hehehe.. Adam baru 4 tahun je, dah pergi Tadika KEMAS, tapi saya rasa tidak terlalu awal untuk minta dia membantu tugasan ringan di rumah. Dina yang berusia 2 tahun setengah pun saya biasakan dengan tugasan ringan seperti membuang sampah sendiri dan mengutip mainan untuk di simpan.

Dan hari ini, saya jumpa gambar ini di Facebook.

image

Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa apa pandangan anda terhadap list ini?

Saya?
Mestilah bersetuju. Sebab saya rasa anak zaman ini terlalu dimanjakan. Mungkin sebab keluarga kecil, adik beradik tak ramai, ada yang ada pembantu, jadi tak pandai berdikari. Tak semua, of course, tapi segelintir.

Masa saya dulu :
5 tahun dah basuh pinggan
Darjah 1 basuh kasut sekolah sendiri
Darjah 3 lipat baju (semua orang) dan gosok baju sekolah sendiri
Darjah 3 jugak belajar goreng telur dan buat milo sendiri dan masak megi
Darjah 4 belajar masak nasi
Darjah 5 da pandai goreng ikan dan masak kuah sayur

Bila sekolah menengah, cuti sekolah memang kena buat kerja rumah. Tak siap kerja rumah, jangan harap nak keluar gi jalan.

Masa tu memang rasa tak best. Tapi kalau mak saya tak suruh dan paksa, tak pandailah nak buat kerja rumah sampai sekarang kan? Pendapat saya, jika kita tak ajar anak bantu kita dari kecil, jangan harap dia nak bantu bila dah besar.

Tapi of course bila kita ajar anak buat kerja rumah waktu kecil, jangan harapkan ia sempurna macam kita buat. Jangan membebel dan jangan pulak kita pergi lipat balik baju yang anak kita dah lipat sebab baju tu tak cukup sama segi empatnya. Lama-lama nanti anak boring, terus tak minat nak bantu kita.

Ajar anak bukan untuk bantu kita semata-mata sebenarnya. Tapi untuk kelangsungan hidup anak di masa depan bila kita dah takde atau bila mereka dah ada keluarga sendiri. 🙂

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

2 thoughts on “KERJA RUMAH UNTUK ANAK

  1. saya setuju.. anak saya yang berumur 7 dan 8 tahun dah diajar basuh kasut sekolah sendiri(kekdg jenuh suruh), basuh pinggan dan cawan sendiri (kekdg malas juga), bab masak plak, diaorang goreng telur dadar, masak megi, bancuh air milo, bakar roti..tuh semua diaorang nak buat sendiri..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s