Posted in RANDOM

BANJIR: UJIAN BUAT SEMUA.

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim

2014 menyaksikan pelbagaia ujian yang melanda negara, satu demi satu macam tak putus-putus.

MH 370, MH 17, angin pusing dan terkini banjir yang menjejaskan lapan buah negeri, dan paling buruk pernah dilaporkan, terutama di Kelantan.

Dah tiba masanya kita berhenti menuding jari dan bergabung membantu mangsa banjir. Sekarang di saat kritikal ini dan juga pasca banjir nanti.

Pelbagai badan, NGO, agensi dan orang persendirian yang berhempas pulas mengutip dana dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Ramai sukarelawan yang pergi dengan belanja sendiri dan bergadai nyawa nak memberi bantuan.

Di sini saya kongsikan antara badan yang anda boleh hubungi untuk menyalurkan bantuan.

image

Sedikit peringatan tentang memberi bantuan:

Do’s:

1. Salurkan bantuan anda pada badan/ individu yang anda percayai.

2. Sekiranya memberikan barangan di dalam kotak atau plastik, labelkan kotak anda bagi memudahkan urusan petugas mengagihkan barangan anda

3. Berikan barangan/ pakaian yang masih berkeadaan baik, dan bersih. Mereka tiada air bersih untuk mencuci dahulu pakaian yang anda berikan.

Don’t:

1. Memperlekehkan, mengutuk dan memfitnah individu yang anda tidak yakin dapat menyampaikan bantuan anda. Anda tidak percayakan dia, itu hak anda. Jangan sebarkan fitnah.

2. Berhati-hati dalam menyebarkan berita. Jangan cepat sangat klik butang share atau forwardkan info yg kita tak pasti kesahihannya. Takut jadi fitnah berpanjangan.

3. Memberikan barangan yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan kepada mangsa banjir; baju koyak, underwear terpakai, baju kotor. Jika anda tiada barang elok yang boleh diberi dan masih ingin menderma, berikan bekalan makanan, atau wang sahaja.

Sesungguhnya banjir ujian buat kita semua. Ujian sama ada kita sudi mengikhlaskan hati membantu saudara seagama dan senegara dengan kita yang dalam kesusahan.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. In sha Allah.

Dr Ieja

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s