Posted in DIET, Eat Clean, Protein, Telur

RESEPI: EGG MUFFIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi EGG MUFFIN yang saya buat untuk sarapan pagi tadi.  Simple dan tak makan masa yang lama. Oh, boleh disimpan dalam fridge juga, so boleh buat awal dan reheat je pagi-pagi.

image

Macam ni lah lebih kurang rupanya, tapi ni google image. Yang saya buat tak sempat amik gambar, da selamat masuk perut. Heheh.

So here goes:

6 biji large eggs, atau 8 biji medium size eggs.
A splash of milk (saya tambah air je sbb susu dah habis) – ni untuk bagi telur tu gebu.
Mushrooms – diced
1/4 onion – diced
Sebatang cili hidup – cincang halus
Salt/pepper to taste
Cheese – saya guna shredded mozarella.

Cara-cara:
Panaskan oven (180-200C)
Sapu minyak pada muffin tin
Pukul telur, susu, garam dan pepper sampai kembang sket.
Tambah sayur-sayur lain.
Tabur cheese.
Curah dalam bekas muffin
Bakar 20-25mins.

Sambil tunggu masak, boleh basuh pinggan dan mandikan anak.

Kalau nak sedap, boleh juga tambah sosej dipotong dadu, capsicum, daun bawang, carrot, peas. Apa-apa lah yang tergerak nak letak. Ikut sukati lah anda yang nak makan.

Siap 12 ketul muffin. Tadi makan, ada balance 3 ketul lagi. Boleh buat lauk lunch makan ngan nasik. Senang je kan? Variasi sket menu telur kita.

Telur antara makanan simple yang banyak nutrisi.

Ni nilai nutrisi dalam sebiji telur saiz sederhana:

image

Haa.. kolesterol tinggi sikit lah. Tapi tu boleh beli pasteurised eggs yang lebih rendah kolesterol dan diperkaya dengan omega 3.

Antara manfaat utama telur:

1. Telur kaya dengan zat dan vitamin. Dalam sebiji telur terkandung protein, vitamin A, vitamin B, Folate, kalsium dan lain-lain.

2. Telur tinggi dengan kolesterol, TETAPI dalam kebanyakan orang, ia tidak menaikkan paras kolesterol dalam darah. KECUALI dalam pesakit yang mengalami familial hypercholesterolaemia, telur boleh menaikkan kandungan total kolesterol atau LDL dalam darah.

3. Telur juga boleh meningkatkan paras HDL – kolesterol baik dalam darah.

4. Telur kaya dengan choline, yang penting untuk membina membran sel dan molekul pemberi signal di otak.
Choline juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 24%.
Kajian menunjukkan wanita yang mengambil telur sebanyak 6biji atau lebih dalam seminggu mempunyai 44% kurang berisiko menghidap kanser payudara berbanding wanita yang mengambil kurang dari 2 biji telur seminggu.

5. Telur membantu anda menurunkan berat badan. Ini kerana telur membantu membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Mengambil telur sebagai sarapan membantu mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 400kalori atau lebih. Ini bermakna anda boleh menurunkan berat sebanyak 3pound (~1.5kg) setiap bulan.

6. Sebiji telur mengandungi sekitar 6.5g protein dan 70-85 kalori. Ini bermakna 3 biji telur membekalkan hampir separuh daripada jumlah protein (18-20mg) yang diperlukan oleh seorang wanita dengan kalori yang lebih rendah (210- 255kalori).

So, jangan takut makan telur,ye!!

Sumber: besthealthmag, google image

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s