Posted in BREASTFEEDING, Tips

PENGHASILAN SUSU IBU

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi sikit tentang penghasilan susu ibu. Secara umumnya terdapat 2 hormon penting yang mempengaruhi penghasilan susu ibu: PROLAKTIN DAN OXYTOCIN.

Apa itu PROLAKTIN?

Prolaktin merupakan hormon yang membuatkan alveoli menghasilkan susu. Ia bekerja selepas ibu menyusukan anak untuk menghasilkan susu untuk sesi seterusnya.

Inilah hormon yang mengawal demand-supply dalam penyusuan. Kandungan prolaktin paling tinggi adalah pada 2 jam pertama selepas kelahiran. Kerana itu, skin-to-skin contact pada jam pertama kelahiran adalah penting untuk membantu penghasilan susu ibu dengan lebih berkesan.

Kandungan prolaktin paling tinggi pada waktu malam. Oleh itu, kekerapan direct feed pada waktu malam turut membantu penghasilan susu ibu. Kerana itu juga kita digalakkan melakukan power pumping pada waktu malam. Ini bertujuan untuk merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak lagi susu.

Ia juga boleh membuatkan ibu berasa mengantuk dan selesa selepas menyusukan anak. Selain itu, hormon juga boleh menghalang ovulasi – salah satu sebab mengapa kadang kala ibu menyusukan tidak didatangi haid.

image

OXYTOCIN

Oxytocin pula bekerja sebelum atau sewaktu bayi menyusu. Ia menyebabkan sel otot disekitar alveoli mengecut dan menyebabkan susu mengalir ke dalam duktus susu. Ini penting bagi memastikan bayi anda mendapat susu.

Proses ini dinamakan oxytocin reflex/milk ejection reflex/ let down reflex (LDR). LDR boleh berlaku beberapa kali sepanjang proses penyusuan.

image

Terdapat beberapa tanda LDR, antaranya:

1. Pengecutan dinding rahim, kadangkala sehingga menyebabkan kesakitan dan pengaliran darah nifas yang banyak.

2. Rasa haus secara tiba-tiba

3. Susu memancut/mengalir keluar dari payudara

4. Rasa sakit berdenyut dibahagian payudara.

Namun, harus diingat, tidak semua ibu mengalami tanda fizikal LDR. Ada yang mengalaminya hanya sesekali (buakn setiap waktu menyusukan) dan ada yang tidak mengalaminya langsung. Tapi itu tidak bermakna bayi tidak mendapat susu.

Oxytocin sangat bergantung kepada emosi ibu. Anda pernah mengalami keadaan bengkak susu, tetapi susu tidak mahu keluar walaupun diperah? Itu tanda hormon oxytocin anda tidak berfungsi dengan baik.

Antara perkara yang mengurangkan penghasilan oxytocin adalah seperti; rasa risau (risau susu tak cukup misalnya), tekanan perasaan, kesakitan dan kepenatan.

Oxytocin bertambah apabila anda yakin, tenang dan gembira.

Oleh itu, sekiranya mengingati atau melihat gambar bayi anda membuatkan anda lebih risau kerana memikirkan bekalan susu yang menyusut atau tidak mencukupi, sila JANGAN LIHAT/INGAT PADA BAYI ANDA SEWAKTU MENGEPAM.

Ye, saya tau ramai yang suruh fikirkan bayi, tapi kalau anda sedang struggle dengan supply susu anda, bila ingat bayi, mesti ada rasa sedikit tertekan, kan? So tak yah fikir pasal baby.

Anda fikir perkara yang gembira. Mengepam sambil membaca majalah misalnya. Atau mengepam sambil online shopping. Atau mengepam sambil makan coklat. Atau sambil mengaji dan berzikir. Apa-apa lah yang buatkan anda happy. In sha Allah, pasti oxytocin anda akan bertindak lebih aktif untuk mengalirkan lebih banyak titisan emas untum si manja anda!!

Dr Ieja
Update blog sambil menyusukan 😉

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s