Posted in 6-9 bulan, DIET, FIRST FOOD

3 MAKANAN DISEBUT ALQURAN YANG SESUAI SEBAGAI MAKANAN AWAL ANAK ANDA.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, bersiaran dari rumah hari ini. Teruja bila Noah sudah pun bersedia untuk makan makanan pepejal, jadi saya kongsikan sedikit info menarik dari buku “Allah Doktorku” untuk anda.

Bukan saja-saja bagi anak makan, bila bagi makanan-makanan sunnah dan diniatkan untuk ikut sunnah Rasulullah saw, in sha Allah pahala pun dapat, khasiatnya pun kita dapat sekali.

1. LABU

image

Anas bin Malik r.a pernah mengikuti Rasulullah saw menerima jemputan makan dan mereka dihidangkan pelbagai jenis makanan. Antaranya sejenis makanan berkuah yang ada di dalamnya labu dan qadid (daging kering). Anas berkata:
‘Aku melihat Rasulullah mengutip buah labu di sekeliling talam’
Riwayat Muslim : 2041

Labu mengandungi Vitamin A dan vitamin C yang tinggi. Sesuai untuk pembentukan imun sistem bayi.
Ia juga mengandungi fosforus, zat besi dan serat yang tinggi yang mampu membantu mengawal nafsu makan.

Biji labu boleh dikisar, dicampur air dan ditapis. Air tapisannya boleh membantu kanak-kanak yang menderita masalah kecacingan.

Jadi apa lagi, sediakan puri labu yang lazat untuk santapan anak anda.

2. PISANG

image

Pisang merupakan antara buah-buahan di syurga sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Waqiah ayat 28-30:

Maksudnya:
Mereka bersenang lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya dan naungan yang tetap terbentang.

Sebiji pisang mengandungi:
1.3% protein
0.6% Lemak
75% air
Ia juga mengandungi potassium yang membantu fungsi jantung fan sistem perkumuhan tubuh.

Ia kaya dengan vitamin B6 yang penting untuk fungsi otak dan sistem saraf.

Lenyekkan sebiji pisang bersama sedikit air atau perahan susu ibu dan hidangkan kepada bayi anda.
Mudah, lazat, dan berkhasiat!

image

         Noah menikmati pisang lenyek 🙂

3. KURMA/ TAMAR

image

Sabda Rasulullah saw:

Barangsiapa yang memakan 7 biji tamar ‘ajwah pada waktu pagi (ketika perut kosong) maka racun dan sihir tidak dapat memudaratkannya pada hari itu.

Riwayat Muslim : 2047

Tamar memang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Malahan, antara makanan paling awal diberikan pada bayi adalah sedikit tamar yg dikunyah dan ditahnikkan pada bayi.

Mengandungi 50% glukosa dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti thiamin, riboflavin, kalsium, zat besi, magnesium dan selenium maka tidak hairanlah jika anda digalakkan  memberi tamar sebagai makanan awal anak anda.

Rendam beberapa biji kurma semalaman dan kisar dengan sedikit perahan susu ibu sebelum diberikan kepada bayi anda.

Semoga anda dapat idea untuk menyediakan makanan awal untuk anak anda 🙂

Kongsikan puree kegemaran anak anda di ruangan komen beserta resepi (jika boleh )

Dr Ieja

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s