Posted in RAMADHAN

7 TIPS MENYUSUKAN BAYI DI BULAN RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah 2-3 hari lagi sebelum ramadhan kembali menjengah. Ramai juga rakan-rakan ibu lain yang berbincang dan bercerita tentang tips-tips berpuasa sewaktu menyusukan bayi. Almaklum, ramai yang agak gusar dan khuatir sekiranya berpuasa mengganggu perjalanan penyusuan bayi, ataupun boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi..

image

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips yang saya dapat sepanjang 3 tahun menyusukan bayi di bulan ramadhan. Setiap orang mempunyai cara berbeza dalam menjalani ibadah puasa. Cara saya mungkin tidak sama dengan orang lain, tetapi saya berharap dapat dimanfaatkan oleh ibu-ibu lain.

Antaranya:

1. JANGAN TINGGAL SAHUR
Sahur adalah menu paling penting. Dan saya memang makan dengan banyak sewaktu bersahur.
Menu saya termasuk nasi, roti, kurma, air manis seperti milo/tamar cocoa. Tak lupa juga set supplement MIGHTY 3 GEM SHAKLEE – ESP, PERFORMANCE DRINK DAN MEALSHAKE. Of course supplement tu tak wajib. Tapi bagi saya personally memang terasa perbezaan tenaga bila saya mengambil supplement berbanding tanpa supplement.

2. MINUM AIR YANG CUKUP
Saya meletakkan sebotol air mineral dalam bekas 2 L disebelah katil dan saya pastikan air tersebut habis atau sekurang-kurangnya 2/3 daripada botol tersebut habis di minum. Ini TIDAK TERMASUK minuman sewaktu berbuka dan bersahur ya!

3. UBAH JADUAL MENGEPAM JIKA PERLU.
Saya perasan yang selepas waktu asar energy level saya akan berkurangan dengan kadar yang cepat. Oleh itu, saya mengubah waktu mengepam saya supaya saya mengepam lebih kerap di waktu malam.
Jadual mengepam saya sepanjang puasa:
– sahur
– 10pg
– zohor
– selepas maghrib
– sebelum tidur (jika sempat)

Biasanya selepas asar saya akan direct feed baby sahaja. Lagipun waktu tu biasanya kita sibuk nak prepare berbuka so memang tak sempat.

Jadual ini flexible, terpulang anda. Tapi jangan biarkan lebih 3-4 jam waktu anda berlalu tanpa mengepam atau direct feed.

4 AMBIL MOREH
Saya akan makan sekitar jam 10 mlm (selepas terawikh), walaupun hanya dengan roti dan air. Kalau tak makan time ni, memang akan rasa letih dan tak larat.

5 PILIH MAKANAN ANDA
Pastikan menu anda seimbang. Elakkan makanan rapu. Pemakanan seimbang mengurangkan craving pada makanan rapu dan kurang berkhasiat. Pilih makanan yang berserat tinggi, kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.

6 AMBIL SUPPLEMENT JIKA PERLU
Anda tahu corak pemakanan anda. Anda tahu apa yang anda ambil dan tidak ambil. Jujur pada diri anda. Jika anda memang lebih kerap ambil makanan segera atau membeli di kedai, kemungkinan anda perlu ambil sekurang-kurangnya sebiji multivitamin.
Pengambilan nutrisi seimbang memberikan anda kesihatan lebih baik, menyegarkan badan dan membantu anda beribadat dengan lebih sempurna.

image

7 BERDOA DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Berdoalah supaya anda diberikan kesihatan sepanjang ramadhan dan rezeki untuk bayi sentiasa cukup. Banyakkan bersedekah, semoga rezeki anda sekeluarga sentiasa berkat dan memcukupi. In sha Allah.

Alhamdulillah..
Itu sedikit sebanyak tips dari saya. Semoga anda mendapat manfaatnya in sha Allah.

Dr Ieja
Mother of three 🙂

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s