Posted in BREASTFEEDING, Tips

PAYUDARA BENGKAK PUNCA KURANG SUSU?

Payudara kerap bengkak punca kurang susu.

Pesakit saya hari ni seorang ibu muda, baru lepas bersalin 4 bulan. Baru start kerja. Beliau datang sebab batuk selsema, tapi sembang punya sembang, masuk pulak topik penyusuan. Saya tanya:

“Habis, perah tak ni time kerja?”
– ” perah 2x, susu macam tak berapa nak ada lah Dr. Saya tak perah dia tak bengkak pun..”

Haa.. saya ni bila masuk bab penyusuan memang ringan je nak membebel, sebab passion memang kat situ, and suka je nak kongsi ilmu penyusuan yang tak seberapa ni. Tambah lagi bila pesakit tak berapa nak ramai, dan saya ada lebih masa untuk membebel.

Mula lah saya membebel pasal demand-supply dan konsep asas penyusuan. Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang FIL – FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION.

image

Haaa apa tu FIL?

FIL merupakan sejenis protein yang terkandung dalam susu ibu. Ia memperlahankan proses penghasilan susu apabila payudara anda penuh. Bila susu dalam payudara banyak, FIL banyak, jadi susu yg terhasil akan kurang. Bila susu dalam payudara tak banyak, FIL sikit, maka susu akan terhasil dengan lebih banyak.

Sebab tu, kena kerap kosongkan payudara. Direct feed/latch atau pam, janji kosong. Supaya FIL sentiasa banyak utk stimulate lagi banyak susu.

Di sini juga pentingnya demand-supply. Bila supply (susu) tinggi, tapi demand tak ada (payudara bengkak, tak dikosongkan), maka otak kita baca: oh susu dia dah cukup, mari kurangkan pengeluaran. (Lebih kurang gitu lah proses dia).

Kerana itu, TAK KIRA apa yang anda makan, TANPA DEMAND, SUPPLY TAK KAN BERTAMBAH.

Pesakit saya tanya: Habis doktor, ni kalau saya start perah balik ni, ada lagi lah ke susu?

Jawab saya: Mestilah ada, sebab awak kan memang bagi anak direct bila balik kerja sampai malam, perah lah utk supply waktu siang..

Pesakit: Tu lah, sebenarnya saya pun pening jugak ni bajet lari, suami jauh, saya sorang kat sini.

Saya kata.. “dah tu, yang awak berhenti perah tu kenapa? Pam ada, botol ada, susu ada, masa pun ada.. awak pun tau anak x nak formula, bagilah susu awak..bla bla bla (tak ingat dah apa aku bebel)..”

Haa.. panjang lebar ok akak bagi ceramah..sori lah ye, saya ni memang kalau boleh nak bantu ibu-ibu menyusukan, jadi terpaksalah I membebel hehehhe. Semoga terbuka pintu hati beliau nak teruskan penyusuan susu ibu.

Semoga murah rezeki baby nya untuk minum susu ibu.. aminn..

Dalam kes macam ni, kadang-kadang ibu tiada support untuk meneruskan penyusuan. Padahal alatan dah ada. Cuma moral support tu kurang. Sebab tu, sebagai ahli keluarga, atau sahabat kenalah bantu ibu-ibu ni. Bantu dengan info yang betul ye!

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s