Posted in TIPS RUMAHTANGGA

9 TIPS BERJIMAT KETIKA MEMBELI BARANG DAPUR

image

SEBELUM:

💰 Lakukan aktiviti membeli-belah 1-2 kali sebulan untuk barang-barang kering. Bagi barang-barang basah, lakukan 2 kali seminggu. Sediakan list, supaya anda tidak membeli barang yang tidak perlu.

💰Plan menu seminggu. Tidak semestinya menu yang berlainan setiap hari, tapi menu yang praktikal dan boleh digunapakai di waktu lain. Contoh, ayam bakar untuk makan malam, boleh digunakan sebagai inti sandwich keesokan harinya.

💰 Tinggalkan kredit kad di rumah. Asingkan 10% daripada pendapatan anda setiap minggu untuk groceries shopping. Gunakan cash setiap kali keluar – kurang risiko untuk anda berbelanja lebih.

SEMASA

💸  Masuk dan keluar SEGERA!! Anda cuma perlu sekitar 1/2 – 1 jam untuk membeli barang dapur. Kajian menunjukkan “fast and efficient” shopper berjaya mengurangkan sehingga 82% pembelian barang yang tidak perlu. Lebih lama anda membelek label barangan, lebih tinggi kebarangkalian anda membeli barang tersebut.

💸 Beli barangan mentah – daging ayam dan makanan laut sewaktu ia ‘on sale’. Daging contohnya membeku dengan baik, beli lebuh sedikit dan simpan dalam bekas kecil untuk sekali penggunaan.

💸 Sesetengah lorong memberikan penjimatan lebih berbanding yang lain. Sayuran campur beku misalnya lebih menjimatkan dan tahan lebih lama.

SELEPAS

💰 Semak resit belian – waktu dan masa belian. Adakah anda berbelanja lebih apabila membeli di hari biasa? Jika ya, lakukan belian di waktu hujung minggu.

💰 Berbelanja di waktu kurang sesak, contohnya ditengah minggu, atau awal pagi pada hujung minggu.

💰Bertukar kedai. Sesetengah kedai memberikan penjimatan lebih untuk barangan yang sama. Bertukar kedai untuk keselamatan poket anda.

Sumber: http://www.rachaelray.mag

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s