Posted in PERSONAL

ANAK ITU ANUGERAH

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas mendapat perkhabaran salah seorang ahli group MBW (Malaysian Babywearer) kehilangan anak bongsu yang berusia setahun.
Saya tak kenal beliau, tak pernah jumpa pun beliau atau anaknya, cuma melihat dari gambar-gambar di Fb sahaja.

Anak comel yang ceria, baik, anak velcro katanya. Melekat aja dengan ibu seorang suri rumahtangga. Maka menggendong menjadi alternatif paling baik untuk ibu mengurus rumah tangga sambil menjaga beliau.

Kehilangan yang terkesan di hati saya, sebab usianya hampir sama dengan anak saya. Velcro. Mungkin waktu itu kita rasa susah sangat. Nak berak kencing pun susah. Pilihannya 2. Bawa sama, atau biar dia nangis. Dan kadang-kadang dengar dia nangis tu sedih sangat macam kena dera je gayanya.

Tapi kita tak tahu, Allah bagi velcro tu supaya kita dapat peluk dia lama-lama, sebab sebenarnya Allah nak pinjamkan dia kejap je dekat kita. Supaya velcro setahun tu dapat ubat rindu kita pada dia selagi hayat kita ada.

Allah. Berat kita tengok, berat lagi bahu yang rasa. Tak tergambar rasanya derita kehilangan anak. Hikmahnya untuk kita, supaya kita lebih bersabar dengan anak-anak. Allah pinjamkan anak-anak sekejap je untuk kita. Cara kita yang buat anak-anak tu jadi aset atau liabiliti di akhirat nanti.

Saya pernah terbaca satu post di Fb, sebenarnya anak adalah ujian Allah untuk kita. Anak nakal, cerewet, velcro, hyper ke, baik ke, ujian untuk kita. Bukan untuk anak kita. Dia nak tengok cara kita handle anak kita. Bukan cara anak tu layan kita, tapi cara kita layan anak tu.

Semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak-anak. In sha Allah, aminnn.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s