Posted in DIET, HEALTH TIPS, OBESITY

6 KESALAHAN WAKTU BERDIET

image

Assalamualaikum..

Ramai yang nak diet dan kurus, betul tak??
Sibuk nak jaga makan, control makan, tak makan sebab nak kurus.

Tetapi, tahukah anda, apakah KESALAHAN UTAMA dalam berdiet yang menyebabkan anda TAK KURUS KURUS???

1. TIDAK MAKAN PADA WAKTUNYA
Lewat makan menyebabkan perut anda terlalu lapar, jadi anda lebih berpotensi untuk ‘binge-eating’ atau pun nama lainnya: melantak. Bila dah melantak tu, faham-faham aje lah kan.
Jadi, bila waktu makan yang betul?
Menurut pakar pemakanan, seharusnya anda makan setiap 3-4 jam. Dan jika anda makan dengan kuantiti yang betul, anda akan berasa sedikit lapar selepas 4 jam.

2. MAKAN DENGAN LAJU
Ada hikmahnya Nabi suruh kita kunyah 40kali setiap suapan. Pernah cuba tak? Ok lah, tak payah 40 kali, kunyah 20 kali je cukup. Sebenarnya otak ambil masa untuk memproses yang kita sudah kenyang. Jadi, jika kita makan laju, signal kenyang tu sampai lambat. By the time signal sampai, kita dah pun terlebih makan.
Oleh itu, makan dengan perlahan. Nikmati setiap kunyahan 🙂

3. MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Ini lagi satu. Cheat day katanya. Tapi kalori yang di ‘cheat’ melebihi kalori yang dikurangkan sepanjang minggu. Beringatlah ye rakan-rakan!

4. MEMILIH SNEK YANG TINGGI GARAM
Tahukah anda kalori 2 cawan muruku sama dengan secawan nasi? Haa tapi mana yang lebih kenyang, mana yang lagi sedap dikunyah? Hehehe itu pikir sendiri ye!

5. MAKAN DI DEPAN TELEVISYEN KEMUDIAN TIDUR

image

Ini, memang a big NO-NO. Tahu tak, orang yang makan depan tv, cenderung mengambil sehingga 300 lebih kcal??
Haaa banyak tu. Apatah lagi lepas makan terus zzzzz.. memanglah konfem susah nak kurus. Sebab kalori yang makan tadi, terus kumpul-kumpul jadi lemak. Sila JANGAN buat, ye rakan-rakan!!

6. MINUM ALKOHOL

Alkohol juga menyumbang kepada kalori berlebihan. Selain alkohol, minuman dalam tin, dalam kotak juga mengandungi kandungan gula yang tinggi dan menjadi penyumbang ‘kalori tidak perlu’. Oleh itu, elakkan minuman jenis ini. Lebihkan pengambilan air kosong, yang lebih bermanfaat untuk anda.

Sumber: majalah iSihat sept 2015

Semoga anda lebih sihat bergaya!!!

.thehealthinspector.

Ieja Ibrahim

Advertisements

Author:

A Doctor by profession, a blessed mother of 3, a wife, daughter and sister. I'm also your preferred Shaklee Independent Distributor (ID 887121). Apart from treating patients using medicines, I believe in giving our body the best nutrition via food and supplements to maintain health and improve our quality of life. Feel free to whatsapp me at 016-6658245 for consultation.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s